Tarikh Hari ini:17 July, 2019

Akaun Yang Kena Ada!

Ni antara akaun simpanan atau pelaburan yang kena ada, setiap akaun mempunyai fungsi dan matlamat yang berbeza. Sebagai contoh untuk daftar giliran Haji kena ada akaun yang khusus seperti Tabung Haji dan ada akaun yang membolehkan anda (ibu ayah) untuk dapat pelepasan cukai.

Antara akaun-akaun yang kena ada:

Senarai ini hanya cadangan tetapi jika ada akaun lain yang perlu ada dan sesuai mengikut matlamat anda boleh kekalkan.

1. Akaun Tabung Haji

  • untuk mendaftar Haji perlu ada RM1,300 dalam akaun Tabung Haji (walaupun daftar Haji menggunakan KWSP, akaun Tabung Haji masih perlu ada)
  • sesuai untuk dijadikan Tabungan Kecemasan (kini boleh diakses secara atas talian atau boleh dikeluarkan pada hujung minggu, setelah link kad ATM dengan akaun Tabung Haji)
  • simpanan dalam Tabung Haji ada pemberian Hibah

Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yang berlainan kepada para pendeposit.

  • simpanan boleh dibuat dikaunter Tabung Haji / Bank Islam / Bank Rakyat atau secara atas talian. Lebih mudah buat potongan gaji

2. Akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)

logo_asb

  • hukum HARUS (rujuk fatwa di website ASNB)
  • boleh juga dijadikan Tabungan Kecemasan tapi pengeluaran hanya terhad di kaunter cawangan ASNB atau Ejen ASNB (kalau kecemasan hujung minggu agar sukar)
  • simpanan dalam ASB ada pemberian dividen (jika ada)
  • simpanan boleh dibuat melalui myASNB (Cara Mudah Simpan Duit ASB)

3. Akaun Simpanan Biasa

  • akaun untuk Gaji
  • tak perlu ada banyak akaun simpanan yang banyak (tak perlu sampai 10 akaun kalau dalam akaun ada tak sampai RM10)
  • pilih akaun bank yang tiada caj tahunan untuk Kad ATM (MAYBANK/CIMB dan banyak bank lain lagi)

4. Akaun PRS

  • optional
  • bagi yang belia ada insentif belia RM1,000 (carum RM1,000 akan diberikan RM1,000)
  • dapat pelepasan cukai
    *insentif RM1,000 (Belia) telah tamat pada 31 Disember 2018.

5. Akaun Emas

  • pastikan simpanan tunai ada sebelum habiskan semua duit beli emas
  • emas tak beri dividen tapi bagi keuntungan bila ada kenaikan harga emas
  • pastikan beli emas, emasnya ada
  • emas boleh dibeli di kedai emas atau pembukaan akaun emas di Kuwait Finance House

6. Akaun SSPN-i Plus

Image

  • Tabungan Pendidikan anak, bila anak dah besar tak perlu pinjam PTPTN
  • Jika anak dapat biasiswa, tabungan ni masih boleh digunakan untuk manfaat lain
  • ada pemberian dividen
  • pelepasan cukai juga ada
  • insentif RM500 juga ada #Bajet2018
    *insentif GS500 telah tamat pada 31 Disember 2018.
  • Pembukaan akaun SSPN-i Plus ni tak sampai 10 minit pun!

 

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *