Tarikh Hari ini:25 May, 2019

ASB dan ASBF, Sama Atau Berbeza ?

Sebelum kita mulakan perbandingan, mari kita fahami dahulu apa itu ASB. ASB adalah satu instrumen simpanan, tempat untuk kita simpan duit. Apa bezanya kita simpan di akaun bank biasa dan ASB? ASB mampu memberikan dividen yang tinggi berbanding simpanan biasa. Akaun bank memberikan dividen sekitar 1-2%. Untuk dividen ASB pula anda boleh rujuk gambar dibawah.

Ada amaun tetap ke setiap bulan berapa kita kena masukkan ke dalam ASB? Tiada, anda boleh masukkan duit ke dalam ASB mengikut kemampuan masing masing, nak masukkan RM10 ke, RM100 ke terpulang kepada anda. Urusan keluar masuk juga boleh dilakukan pada bila-bila masa yang anda mahu. Tiada tempoh matang yang anda perlu tunggu,

 

Apa beza ASB dan ASB2?

Secara asasnya sama sahaja. Yang membezakannya adalah kemana duitnya dilaburkan. Portfolio pelaburannya berbeza. Untuk mengetahui portfolio pelaburan ASB, anda boleh baca dalam prospektus (Klik sini untuk propektus)

Nak kena ada gaji ke baru boleh buka ASB?

Tidak perlu, syarat untuk membuka akaun ASB adalah bumiputera. Bagi proses pembukaan akaun, anda perlu membawa IC dan RM10. Anda boleh buka akaun ASB dimana mana cawangan agen ASNB seperti dalam gambar.

 

 

Untung ke menyimpan di ASB?

Kalau setakat simpan dalam tempoh masavsetahun mungkin tidak berapa nampak perbezaannya. Tapi cuba kita bandingkan hasil simpanan selama 15 tahun. Katakan kita simpan RM200 sebulan, hasilnya selepas 15 tahun adalah :

1. ASB (7%): RM63,392

 

2. Akaun Biasa (1%) : RM38,822

Kalau anda perhatikan, hampir double juga perbezaannya kan.

 

Apa itu ASBF

Seterusnya kita fahamkan pula, apa itu ASB Financing. Bahasa mudahnya, kita pinjam duit dari bank, kemudian duit tersebut diletakkan di dalam akaun ASB kita.

Jadi bila kita buat financing/loan, sudah tentulah kita akan terikat dengan kontrak bank, ada komitmen bulanan yang perlu dibayar. Dan juga ada interest bank yang perlu dibayar.

Kalau saya bayar bulanan sebanyak RM500, adakah RM500 yang saya bayar itu akan mejadi milik saya kesemuanya? Jawapanya tidak, bayaran bulanan tersebut akan dipecahkan kepada 2 bahagian, interest dan principal. Yang principal itu sahaja kita punya.

Contoh pecahan bayaran bulana adalah RM400 untuk interest dan RM100 untuk principal. Katakan kita dah bayar selama setahun, so total yang kita dah bayar kepada bank :

RM500x12=RM6000

Bahagian kita berapa?

Bahagian kita : RM100x12=RM1,200

Rugi la ambil ASB Financing macam tu kan? Bank je yang untung lebih! Sabar dulu, itu kita baru kira bahagain principal sahaja, kita belum kira lagi berapa banyak dividen yang kita dapat.

 

Case Study

Cuba fahamkan case study ni: Ali membuat ASBF bernilai RM100,00, bayaran bermula pada bulan Januari.

Anggaran :

i) Interest bank : 5%

ii) Tempoh pinjaman : 30 tahun

iii) Bayaran bulanan : RM537

iv) Bayaran tahunan : RM6,444

v) Dividen ASB : 7%

Jumlah principal daripada bayaran tahunan adalah RM1,475, selebihnya adalah bahagian keuntungan bank. Untuk dividen pula, jumlah yang Ali dapat adalah RM100,000 x 7% = RM7,000.

Jumlah wang yang Ali dapat : RM7,000 (dividen) + RM1,475 (principal) = RM8,475. Modal Ali tadi adalah RM6,444. Secara kasarnya, di atas kertas kita sudah untung RM2,031

Kalau simpan biasa di dalam ASB secara konsisten sebanyak RM537 sebulan, kita akan dapat sebanyak RM6,654. Banyakkan beza dengan ASBF?

Confirm ke kita akan dapat untung banyak ni? Tidak. Dividen ASB tidak tetap, interest bank juga tidak tetap. Ini adalah contoh best case scenario. Kalau anda nak buat juga ASBF, kira kemampuan diri dulu. Kalau menyimpan RM500 sebulan pun masih lagi tercungap-cungap, jangan gatal untuk apply ASBF sampai RM100,000

Share

Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan dan berpengelaman bekerja di sebuah bank tempatan. Sering berkongsi ilmu kewangan di media sosialnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *