Tarikh Hari ini:17 July, 2019

Berapa Kos Kahwin Dan Macam Mana Nak Jimat?

Bab kahwin ni adalah topik hangat yang akan dibincangkan oleh hampir semua orang. Bila dah sampai seru nya, maka ini lah yang akan di bincangkan. Tapi yang paling banyak orang tak tahan, adalah kos kahwin tu sendiri. Jadi berapa kos kahwin dan macam mana nak jimat kos-kos ni? Ada kawan saya kata kahwin kat Siam je. Senang. Tapi jangan lah. Derhaka pada mak ayah tau tak.

Kos Kahwin: Apa Yang Akan Di Gunakan?

Jom kita teliti satu-satu apa kos-kos yang digunakan dan macam mana nak jimat?

#1. Mas Kahwin

Ini senarai ikut negeri. Mas kahwin tak ada lah apa sangat kos nya.

kos maskahwin

#2. Hantaran

Duit Hantaran

Ada orang kata hantaran ni ikut berapa tinggi belajar. Tapi bergantung lah kepada masing-masing. Standard zaman sekarang ni RM10,000 tu biasa. Duit hantaran ni biasanya keluarga perempuan jadikan untuk duit belanja hangus bagi kos-kos kenduri. Ada juga yang berikan semua kembali pada pengantin perempuan.

Cara Jimat: Bincang elok-elok. Kalau belah perempuan setuju untuk kurangkan, alhamdulillah. Yang wajib mas kahwin kata orang lah. Tapi bagi admin, kalau yang lelaki ni, usahalah untuk dapatkan kemampuan kewangan untuk hantaran. Ini macam hadiah kita juga pada bakal isteri. Ini hak sebelah isteri nak minta berapa.
Banyak lah kisah, yang lepas berbincang hantaran cuma RM1000 sahaja. Yang penting bagi mak ayah pengantin perempuan adalah anaknya dapat suami yang baik-baik dan duit yang dikumpul tadi sepatutnya untuk hantaran boleh guna untuk anak mereka yang baru mendirikan rumah tangga ni untuk bina hidup baru.

Barang Hantaran Lain

Mestilah bawak hantaran berdulang-dulang kan. Ada baju, kek, buah, tong gas, helmet motor. Macam-macam lah. Senang kata sediakan lah dalam RM1000 untuk barang hantaran ni.

baju nikah gaya sunda. cantik kan.

#3 Kos Pengantin

Kos Baju Nikah

Baju nikah ni biasanya ditempah. Biasanya baju Melayu dan baju kurung/kebaya/kebarung untuk perempuan. Biasanya harga dalam RM200-600.
Cara Nak Jimat: Yang ni spend lah duit sikit. Baju je. Lagipun boleh pakai semula. Tapi kalau nak betul jimat, pergi je Jakel ke mana dengan bakal isteri, beli terus yang dah siap.

Kos Baju Bersanding

Ada pula baju bersanding ya? Baju bersanding ni biasanya di sewa. Siap labuci bagai. Kos sewaan dalam RM1000-2500.
Cara Nak Jimat: Nikah dan sanding hari yang sama. Lepas nikah terus bersanding. Tak payah sewa-sewa baju. Pakai je baju nikah tadi.

Kos Mekap Dan Inai

Selalunya ini datang dengan pakej. Biasanya makeup artist baru nak up ni akan charge dalam RM100-150 sahaja. Tapi kalau standard dalam RM200-500. Tapi personally saya tengok apa benda lah mak andam ni makeup pun, tebal yang amat. aduuhhh. 
Cara Nak Jimat : Minta adik atau sepupu tolong makeup. Makeup pun just nice je lah. Bagi kat mak andam kadang-kadang over sangat makeup nya.

 

biasa dewan dah siap dengan katering.

#5. Kos Majlis

Ini kos yang besar dalam senarai kos kita.

Kad Jemputan

Untuk kad jemputan ni, zaman sekarang orang dah guna facebook invite je. Tapi kan masih ada orang mahukan untuk ada kad. Jadi kita print lah kad. Kad ni ikut kualiti. Ada semurah RM 0.50 sekeping hingga RM2.00 sekeping. Jadi kalau jemputan 1000 orang, maka dah RM500-2000.

Cara Nak Jimat: Jangan lah print 2000 keping. Yang kita tahu kawan-kawan tak berapa rapat tu jemput pakai SMS/Whatsapp/ Facebook dah lah. Bukan dia simpan pun kad tu. Nanti buang juga. So boleh jimat kos kahwin.

Duit Upah Jurunikah dan Saksi

Setiap negeri berbeza kos yang di kena kan. Ada bermula RM80. Senang sahaja sediakan dalam RM150 untuk kos upah juru nikah dan saksi ni.
Cara Nak Jimat: Jangan lah ni pun nak jimat jugak. Haihhh!!

Kos Pelamin

Bermula sini kos dah akan membesar. Kos pelamin biasa dalam pakej baju sewa pengantin, mekap dan pelamin sekali. Tapi kalau nak asing harga dalam RM500-berapa bajet boleh tanggung. Ada pelamin ratus ribu pun ada.

Cara Nak Jimat: Hias pelamin sendiri. Kalau ada barang dan perabot rumah pun cantik-cantik, hias sahaja sendiri. Kawan saya, majlis kahwin dia, dia sendiri buat pelamin. Dan kos pelamin tu kalau ikut orang buat, mahu cecah RM3000.

Sewa Dewan / Kemah

Kalau untuk pihak perempuan, biasanya duit hantaran tu lah diguna untuk sewa dewan, kemah dan belanja makan. Biasanya kemah murah sedikit. Ada RM200/kemah dan untuk 4 kemah jadi RM800. Kalau dewan di lembah kelang ni biasanya mahal. Biasanya RM1500 ke atas. Kalau buat di banquet hall lagi lah mahal.
Cara Nak Jimat : Sewa kemah atau dewan komuniti.

Belanja Kenduri.

Belanja kenduri ni senang kata ikut jumlah orang yang datang. Ada pakej catering bermula RM10. Tu kira standard lah. Lauk pun nasi putih atau nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, acar sayur, papadom, buah potong dan air sirap. Itu pun ok lah dapat RM10. Kalau nak ada kambing golek, ayam panggang, free flow ice cream dan cendol, tu semua kira lain lah.

Senang kata minimum RM10. Jadi untuk 1000 jemputan mahu RM10,000!

Cara Nak Jimat : Kau ingat kau anak gabenor ke nak jemput sampai 1000 orang. Kawan pun tak ramai, ajak 400-500 orang dah lah. Yang penting saudara mara kita wajib ada, kawan baik mak ayah kita wajib ada, jiran terdekat lepas tu kawan baik dan rapat kita. Jimat kos kahwin.

Door Gift

Door gift ni orang dulu-dulu bagi bunga telur je. Harga pun tak lah mahal sangat. Ada yang bagi coklat toblerone. Ada bagi pulut. Kan best bagi iphone satu ke dalam door gift tu. Seronok sikit pergi kenduri kahwin. Key point dia sama, berapa jumlah jemputan. Jadi kos doorgift boleh dari RM1000-RM4000.

Cara Nak Jimat : Sama macam kenduri tadi, jangan lah kau jemput 1000 orang. Unless kau anak YB atau menteri lah. Kalau yang tu tak adalah duk baca artikel ni sampai habis kan. Artikel ni untuk golongan marhaen yang berjuang setiap hari mengumpul duit nak kahwin.

Photographer

Ini kos dalam RM1000-4000 tengok pada kualiti. Ada lagi murah. Tapi pilih lah betul-betul.Dapat yang mangkuk macam pernah viral dulu, siap ada petir-petir dan kereta kebal masuk dalam video kahwin.

Berapa Semua Sekali Kos Kahwin?

Kalau kira-kira semua ni paling kurang pun RM25,000. Bukan kecik ya. Mau terasa yang bumi ini flat dan bukan sfera. Hahahah. Tapi itu harga standard. Yang penting majlis kahwin ni adalah keluarga kita. Bukan kita sahaja berkahwin. Jadi apa-apa pun berbincang lah elok-elok. Ada yang boleh di kurang, maka kurang kan lah. Kalau ada saudara lain nak sponsor, pun alhamdulillah. Yang penting jangan lah meminjam nak kahwin. Kerja, kumpul duit.

Dan lagi penting adalah belanja selepas kahwin. Sebagai lelaki, sediakan lah dahulu rumah yang sesuai. Kalau dapat beli lagi lah bagus. Kalau tak cari lah rumah sewa yang selesa dan selamat.

So guys, semoga berjaya!

 

Iskandar adalah peminat tegar pelaburan saham berasaskan nilai (Value Investing). Suka terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek sukarelawan dan kemanusiaan. Doktor pelatih yang suka review dan resuscitate ilmu kewangan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *