Tarikh Hari ini:17 July, 2019

Cara Buka Akaun SSPN-i Untuk Anak Secara Online Hanya 10 minit

Bila sebut pasal PTPTN, saya rasa hampir semua orang tahu. Ianya bukan sahaja diketahui oleh ibubapa atau para mahasiswa yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti atau kolej, bahkan dikalangan rakyat marhean apabila isu PTPTN ini sentiasa dimomokkan dan jadi sebahagian manifesto parti untuk meraih undi.

Apa nama penuh PTPTN itu ye? Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN). Itulah nama penuhnya.

Bagaimana pula dengan SSPN-i? Jangan terkejut kalau ramai yang kata SSPN-i itu PTPTN lah. Skim Simpanan Pendidikan Nasional itulah nama penuh SSPN-i. Huruf i itu bermaksud islamik, sama seperti produk islamik bank yang sering menggunakan huruf i dihujung produk mereka bagi membezakanya dengan produk konvensional.

Baik, memandangkan banyak juga rakan saya yang tanya, macam mana nak daftar SSPN-i secara online, saya akan kongsikan langkah demi langkah yang mudah ya. 10 minit sahaja siap.

Tapi sebelum itu, kita mesti tahu apa syarat-syarat untuk buka Akaun SSPN-i. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia;
    Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;
  • Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;
  • Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;
  • Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
  • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

#1 – Laman Sesawang PTPTN

Pertama sekali, anda layari pautan ini: Pengenalan SSPN-i
Baca dulu pengenalan SSPN-i dan tujuannya. Kemudian anda boleh klik terus untuk “Buka Akaun SSPN-i”

#2 – Pembukaan akaun dan mengisi maklumat peribadi

Seterusnya, isi maklumat pendeposit. Pendeposit yang sama boleh buka banyak akaun untuk anak-anak sendiri dan anak angkat yang sah.

Pilih JENIS AKAUN. Jika buka untuk anak, pilihlah “Akaun Untuk Anak Yang Sah” ya. Kemudian terus ke butiran alamat kita.

Borang online buka akaun SSPN-i Part 1

Selepas itu, isi alamat, nama penuh dan nombor kad pengenalan anak serta maklumat waris. Jika seorang bapa menjadi pendeposit, boleh letakkan ibu sebagai warisnya, dan begitulah sebaliknya. Jangan lupa, nombor kad pengenalan anak mesti betul tau.

Borang online buka akaun SSPN-i Part 2

Langkah ke-lima, isi jumlah deposit. Minima RM20 ya. Lepas tu klik je pengakuan bawah tu seterusnya klik HANTAR. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul bagi mengelakkan kesilapan.

#3 – Salin nombor akaun SSPN-i anak

Setelah klik HANTAR, anda akan diberi nombor akaun SSPN-i anak kalian berserta nilai yang bakal anda masukkan di dalam akaun tersebut.

Lebih memudahkan dan dinasihatkan screenshot nombor akaun ini atau salin dalam nota. Sebagai rekod di kemudian hari.

#4 – Pembayaran deposit ke dalam akaun buat kali pertama

Seterusnya anda akan dibawa terus ke link pembayaran melalui FPX, yakni saluran pembayaran online. Sila isi emel anda dan pilih online banking anda. Ada 18 pilihan bank semuanya. Fuh, power kan?

Bila emel dah diisi, jangan lupa klik di ‘checkbox’ yang mengatakan kita setuju dengan terma dan syarat FPX payment gateway.

Jangan lupa isi emel!

#5 – Pengesahan Pembayaran Deposit

Siap sahaja buat pembayaran, anda akan diberi slip penerimaan bayaran. Sila screenshot dan save untuk rujukan sendiri ya. Sila periksa emel untuk mengesahkan bayaran anda melalui FPX berjaya.

Bukti pembayaran urusniaga PTPTN Payment Gateway

Siap! Semudah itu sahaja tanpa perlu ke kaunter ya.

#6 – Kemaskini Penyata

Untuk pembukaan akaun baru, PTPTN akan kemaskini akaun baru dalam masa 24 jam dari tempoh pembukaan akaun.

Anda boleh semak penyata anda di portal rasmi PTPTN melalui pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/semakakaun

Hanya masukkan nombor kad pengenalan pendeposit, anda akan mengetahui segala akaun yang berada di bawah jagaan anda.

Hanya masukkan nombor kad pengenalan pendeposit untuk mengetahui akaun SSPN yang dibawah jagaannya.

Ada dua jenis akaun; SSPN-i dan SSPN-i Plus. Ini baru 3 orang anak, kalau sepuluh?

Mudah semuanya dihujung jari, tak perlu banyak kertas.

Saya mendapat maklumat, baru 20% rakyat Malaysia menyimpan kat SSPN-i ini. Saya rasa amatlah rugi jika tak rebut segera peluang keemasan ini. Lagi pun, jika kita ada emergency, simpanan ini boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja dan boleh dilink dengan bank-bank utama.

Secara kesimpulannya, Jom buka akaun SSPN-i untuk anak dan mula menyimpan sekarang!

Nanti saya kongsikan mengenai SSPN-i PLUS serta kelebihannya. Tunggu ya!

Silakan kongsikan artikel ini supaya rakyat Malaysia tahu kelebihan menabung di SSPN-i ini.

Sudah buat pinjaman PTPTN? Nak tahu cara selesaikan hutang PTPTN dengan cepat dan mudah? Ikuti 2 artikel ini:

Bayar Pembiayaan PTPTN Dengan Cara Mudah

Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Cepat

 

Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty.com dan ringgitmalaysia.com. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup. Minat dalam kewangan terutamanya dalam #‎parenting‬ ‪#‎kidsfinancial‬ #personalfinance #pelaburanhartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *