Tarikh Hari ini:25 May, 2019

Daripada Pertahankan Hak Tayang Tubuh, Lebih Baik Perjuangkan Hak Wanita Dalam Sosio Ekonomi

Baru-baru ni ada satu perarakan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia. Malangnya, perarakan tersebut telah dicemari oleh golongan LGBT. Menurut laporan, ada lima tuntutan yang ditengahkan oleh golongan ni. Anda boleh google je, bagi saya tuntutan ni hanya kosmetik sahaja. Objektifnya, nak mendapat pengiktirafan gejala luar tabi’i di negara kita ni.

Tarik nafas panjang bila mereka ni makin menjadi-jadi. Nak dikecam, tak makan saman. Nak dibelai pujuk, makin pijak kepala. Apa sebenarnya yang mereka kejar? Tertarik dengan status sejarah berkenaan Feminisme ni oleh Ayman Rashdan Wong yang juga diterbitkan dalam portal The Patriot.

Secara umum, sejarah feminisme boleh dibahagikan kepada 3 fasa atau “gelombang” (waves): First-Wave, Second-Wave dan Third-Wave Feminism.

First-Wave Feminism

First-Wave Feminism bermula pada akhir abad ke-18 dan berlanjutan sehingga ke abad ke-19 dan awal abad ke-20. Feminis gelombang pertama ini bertumpu kepada soal hak politik wanita dari segi hak mengundi (suffrage) dan memegang jawatan awam. Ia dimulakan oleh tokoh-tokoh Revolusi Perancis seperti Mary Wollstonecraft (1759-1797) dan Olympe de Gouges (1748-1793) yang mempersoalkan kenapa kerajaan republik Perancis yang terdiri atas nama “égalité” tidak memberi hak politik yang sama kepada wanita.

Hanya sehingga abad ke-20, idea “wanita boleh mengundi” baru diterima secara umum oleh negara-negara. US yang konon maju pun hanya memberi hak mengundi kepada wanita selewat tahun 1920. Di Rusia, golongan wanita menjadi penggerak utama dalam Revolusi Rusia, jadi tarikh permulaan Revolusi Rusia iaitu 8 Mac 1917 dijadikan sebagai tarikh sambutan Hari Wanita Sedunia.

Second-Wave Feminism

Selepas wanita mencapai kesamarataan dalam bidang politik, maka muncullah gerakan Second-Wave Feminism (1940-an hingga 1960-an) yang memperjuangkan hak wanita dalam bidang ekonomi dan sosial. Pencetus kepada Second-Wave Feminism ini ialah Simone de Beauvoir (penulis “The Second Sex”) dan Betty Friedan (penulis buku “The Feminine Mystique”) yang mempersoalkan peranan wanita tradisional sebagai suri rumah.

Jadi Second-Wave ini lebih kepada mempelbagaikan pilihan hidup wanita. Destinasi akhir wanita tidak lagi terbatas kepada dapur. Wanita boleh jadi CEO. Ciri-ciri kewanitaan tidak menjadi penghalang untuk mereka untuk memanjat tangga korporat.

Third-Wave Feminism

Kemudian datangnya Third-Wave Feminism yang bermula sekitar akhir 1980-an dan 1990-an. Golongan ini sebenarnya lebih kepada fenomena “sub-culture”. Mereka ini lebih kepada anak-anak kelas menengah yang dah hidup selesa sebagai wanita sebab ada nenek First-Wave dan ibu Second-Wave. Jadi mereka melihat feminisme sebagai satu alat “self-expression”: wanita tidak lagi perlu mematuhi norma-norma kewanitaan yang mereka lihat sebagai ciptaan golongan lelaki (patriarki), wanita ada hak untuk menentukan ekspresi badan sendiri blah blah.

Beza antara First dan Second Wave dengan Third-Wave ini ialah pandangan mereka terhadap “fitrah” (nature) wanita. First dan Second Wave Feminist masih melihat wujudnya “kewanitaan” (feminity) yang membezakan lelaki dan wanita, mereka cuma menuntut kesamarataan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Tapi Third-Wave ini dah jadi cacamarba sikit. Ada ramai di kalangan mereka menolak idea “kewanitaan” ini dan mereka lebih rela memilih “jantina ketiga” sebagai identiti (amende). Sebab tu korang boleh nampak sesetengah pejuang Third Wave ni tak suka menyimpan rambut panjang dan cuba topless macam lelaki. Dan secara ironik, feminisme yang dibawa oleh Third-Wave Feminist dan jadi seperti “anti-wanita”.

Sebenarnya, perjuangan Second-Wave Feminism pun belum selesai di Malaysia. Ramai wanita masih berdepan dengan diskriminasi di tempat kerja, persekitaran yang tak supportive untuk menjadi wanita berkarier, dan eksploitasi wanita golongan pekerja berpendapatan rendah. Ada baiknya, isu-isu ini dijadikan sebagai naratif utama feminisme di Malaysia berbanding benda-benda Third-Wave yang lebih kepada “splaining” golongan kelas menengah yang keliru tujuan hidup.

Dan golongan konservatif pun janganlah menolak mentah-mentah feminisme hanya kerana ia berasal dari Barat. Kalau kita baca Sirah, kedudukan kesamarataan wanita ialah fokus debat antara Ja’far ibn Abi Talib dan Amr ibn As di hadapan Raja Najashi di Habsyah. Idea pemerkasaan (empowerment) wanita dalam First dan Second-Wave Feminism adalah selari dengan pemuliaan wanita dalam kebanyakan agama masyarakat kita.

Dah faham sejarah Hari Wanita Sedunia ni, kita boleh kenal pasti perjuangan mereka yang so-called Feminist ni adalah hype semata-mata. Satu perjuangan yang kosong. Daripada mempertahankan hak kebebasan tubuh badan sendiri, kebebasan memilih pasangan sejenis, sebenarnya ada banyak lagi benda penting yang perlu diberi perhatian. Ikuti bebenang twitter Kauthar Rozmal :

Jurang Pendapatan Antara Jantina

ekonomi-wanita

Kadar Wanita Bekerja

wanita-bekerjaya

 

Peranan Wanita Dalam Ekonomi

ekonomi-wanita

 

Tokoh Wanita

tokoh-wanita

 

Tokoh Wanita Moden

tokoh-wanita-moden

 

Walaubagaimanapun, kita bagilah banyak manapun fakta, kalau nafsu sudah mendahului akal, segala sejarah dan fakta dipekakkan. Semoga mereka semua kembali kepada fitrah manusia itu sendiri.

 

 

Share

Zuhair Masiran adalah seorang Licensed Financial Planner dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Selain tu, beliau sangat minat hal-hal yang memerlukan kreativiti seperti grafik design. Beliau juga menulis dalam blog personalnya, notawang.com. Jika ada persoalan hal kewangan peribadi, boleh hubungi beliau untuk dapatkan nasihat yang kreatif!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *