Tarikh Hari ini:17 July, 2019

Melabur dalam hartanah dengan RM100

Melabur dalam hartanah kini lebih mudah dan tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh melabur dalam hartanah dengan pelbagai cara. Setiap cara memerlukan modal berbeza, risiko dan pulangan juga berbeza.

1. Real Estate Investment Trust (REITs)

REITs yang patuh shariah:

  • Al-‘Aqar Healthcare (RM134/1Lot)
  • Al-Salam (RM84.50/1Lot)
  • AXIS (RM179/1Lot)
  • KLCC (RM772/1Lot)

*harga 25 Mac 2019

Kenapa REITs:

  • Kepelbagaian (Diversification)
  • Modal pelaburan rendah
  • Kecairan
  • Pengurusan profesional
  • Pendapatan yang stabil (pendapatan dari hasil sewaan)

Untuk mula melabur dalam REITs perlu ada akaun CDS, pembukaan akaun CDS hanya RM10.

2. UNIT TRUST
3. SUBLET
4. SEWA
5. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Cara paling mudah melabur dalam hartanah adalah melalui AHB dengan serendah RM100 sahaja.

Kenapa AHB:

  • Pelaburan serendah RM100 (pelaburan permulaan) atau RM50 (pelaburan tambahan) dalam hartanah komersial utama.
  • Pulangan stabil dan tetap (tiada jaminan dalam pemberian pulangan dan pulangan jika ada).
  • Patuh syariah dan pulangan diberikan selepas pembayaran zakat.
  • Tiada caj jualan dan caj pembelian.
  • Harga tetap, setiap 1 unit bernilai RM1.
  • Menerima anugerah  ‘Best Islamic Product’ dua tahun berturut-turut di bawah ‘Best of the Best Awards 2015 & 2016’ oleh Asia Asset Management.
  • Pelaburan boleh dibuat di cawangan Maybank atau AmBank.

Dekat mana boleh buka akaun dan buat pelaburan AHB:

  • Maybank
  • AmBank

AHB juga ada memberi pulangan:

  • Pulangan diberikan secara interim (setiap 31 Mac dan 30 September).
  • Pulangan AHB yang diterima akan dikredit ke akaun Maybank atau Ambank anda dan pulangan tidak dilaburkan semula.
  • Kiraan mudah, jika pelaburan RM1,000 dibuat dengan pulangan 3.30 sen/Unit. Pelabur akan menerima RM33 (RM1,000 x 3.30%).

Terkini pelaburan tambahan dalam AHB boleh dibuat secara atas talian melalui Maybank2u dengan serendah RM50 (perlu buka akaun AHB di cawangan Maybank).

Cara pelaburan tambahan AHB secara atas talian:

  • Log masuk Maybank2u
  • Klik Wealth
  • Pilih Unit Trust (AHB)

  • Klik titik 3 (…) dan pilih Topup

  • Masuk amaun pelaburan tambahan dan klik Topup

  • Sahkan pelaburan tambahan dengan klik Confirm

  • Selesai

*Pelaburan tambahan tertakluk kepada unit yang masih boleh dilanggan.

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *