Tarikh Hari ini:16 November, 2019

11.11 Sales Singles Day. Mana Datang Nya Perayaan Khurafat Ni?

OK. Tak lah khurafat. Saja buat ayat dia dahsyat nak ajak baca. So cepat lah anda semua baca sampai habis. Kita hari ni nak bercerita tentang Sales 11.11 yang tiap tahun di adakan. Hampir semua website ecommerce dari lazada, shopee dan lain-lain akan buat sales 11.11. Sales 11.11 ni turut dikenali sebagai sambutan Singles Day. Maksudnya perayaan bagi orang yang forever alone.

Kenapa 11.11 dikatakan sebagai Single’s Day adalah kerana angka 1 sebanyak 4 kali menggambarkan kehidupan berseorangan atau single.

Macam Mana Single’s Day Bermula.

Menurut hikayat, dikatakan bahawasanya  Single’s Day ini berasal dari Universiti Nanjing pada tahun 1993. Dikatakan 4 orang pelajar lelaki berbincang bagaimana untuk keluar dari stigma kehidupan single maka mereka dapat idea bahawa 11.11 adalah hari Single yang perlu disambut. Akhirnya sambutan ini tersebar ke seluruh universiti Nanjing dan seluruhnya ke seluruh masyarakat Cina dan kemudiannya sampai lah ke Malaysia dan negara-negara lain.

Awalnya SIngle’s Day ni dinamakan hari bujang lelaki yakni untuk pelajar lelaki forever alone, tapi sekarang ia nya dirayakan oleh semua jantina. Pada waktu ini mereka akan berparti dan menyertai program blind date supaya berjumpa pasangan.

Sekarang, ia dirayakan dengan cara membeli hadiah untuk diri sendiri. Mereka yang single ini untuk merasa best pada diri sendiri dalam keadaan tak ada pasangan hidup akan membeli hadiah untuk diri sendiri sebagai pemujuk hati yang berduka lara.

 

Single’s Day Dan Sales Berbilion!

Singles Day bukan lah perayaan yang ada dalam kalendar, tetapi ia nya adalah sambutan yang di mulakan oleh pelajar yang bujang. Kemudiannya ia dikomersilkan oleh AliBaba dan sekarang ia nya menjadi hari Sales paling besar di dunia. Sebagai contoh website AliBaba seperti TMall dan TaoBao merekodkan jualan sebanyak USD 5.8 bil pada 2013, USD 9.3 bil pada 2014, USD 14.3 bil pada 2015, USD 17.8 bil pada 2016 dan lebih USD 25.4 bil pada 2017!!

JD.com  pula mencatatkan jualan USD 19.1 bil pada 2017 dan Lazada pula mencatatkan jualan USD 123 juta pada tahun yang sama!

Bukan sahaja online sales sahaja yang menjalankan bisnes dengan baik pada Single’s day. Syarikat yang mempunyai kedai fizikal juga menawarkan diskaun yang banyak ketika hari Single’s Day ini.

Pada tahun 2017, AliBaba memegang rekod dunia dengan mencatatkan transaksi pembayaran paling banyak. AAlipay iaitu ewallet Alibaba memproses 256,000 transaksi pembayaran setiap saat. Jumlah keseluruhan sebanyak 1.48 billion transaksi dicatatkan oleh AliBaba sepanjang 24 jam sambutan Single’s Day ini! Syarikat Alibaba untuk logistic dan penghantaran iaitu Cainiao pula merekodkan jumlah penghantaran sehingga 700 juta penghantaran!! Ini di AliBaba sahaja dan tidak termasuk syarikat lain seperti Lazada, JD dan lain-lain. Yang sakit jantung nya adalah suami di rumah tengok kenapa sampai berkotak-kotak datang.

Single’s Day di Malaysia

Di Malaysia dan Asia Tenggara am nya, single’s day ini di popularkan oleh Lazada. Kita tak familiar sangat dengan terms Single’s Day tetapi kita thau pada 11 November pasti ada sales. Orang Malaysia tak kisah sama ada membujang atau berpura-pura bujang semua nya suka sales.

Banyak website yang besar dari Lazada, Shopee dan lain-lain dah giat menjalankan offer diskaun 11.11 ini. Tak cukup dengan itu, kedai-kedai peraboit juga giat menjalankan iklan untuk jualan sales 11.11.

 

Beli Berpada-Pada

Tak kisah lah anda singles atau double, bila membeli, walaupun diskaun yang diberi banyak, beli barang yang diperlukan dan berpada-pada. Jaga kewangan anda. Apa yang baik nya adalah anda boleh beli barang yang dah lama anda inginkan pada harga diskaun!!

Tetapi bak kata kawan saya ;

Diskaun tu bukan kita save lagi duit tapi sebenarnya kita belanja duit.

Jadi, selamat berbelanja dengan berhemah!!

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *