Tarikh Hari ini:16 November, 2019

5 Bisnes Part Time Yang Bagi Pulangan Lumayan.

 

Kos sara hidup makin meningkat. Mana lah nak dapat lagi satu troli RM50 je. Nak tak nak, sebilangan kita perlu buat bisnes part time.

Tapi apa bisnes part time yang berbaloi supaya masa tak terbazir? Mana tahu silap-silap kerja part time ni boleh jadi 3-4 kali ganda dari gaji!

1. Sales Job (Ejen Hartanah, Insurans, Unit Trust, MLM dan lain-lain)

Yang ini banyak jenis. Ejen hartanah, insurans, unit amanah dan macam-macam lagi.

Ejen hartanah contohnya akan ambil 3% dari harga jualan sebagai komisyen. Katalah rumah berharga RM300K, komisyen ejen hartanah mencecah RM9000!!

Ini tidak termasuk pendapatan dari sumber lain seperti komisyen sewaan, komisyen dari peguam, bank, kontraktor dan lain-lain. Inti nya kena rajin dan tidak mudah putus asa. Jika nak join jadi ejen hartanah, boleh ke sini : Jom join jadi ejen hartanah. 

Mana tahu dari buat part time rasa seronok dan nak jadikan karier berterusan!

2. Buat Website

Tak semua pandai. Tapi basic buat website simple pun dari RM500-RM2000 untuk satu website. Untuk bina website complex lebih mahal, tetapi jika guna wordpress ianya lebih mudah dan sudah ada template. Bayangkan sebulan dapat 2-3 job buat website.

Itu kalau website yang mudah. Untuk mereka yang ada skill, ianya bukanlah satu tugas yang memakan masa terlampau banyak. Ada juga website yang menelan kos puluhan ribu!!

3. Repair laptop dan handphone.

Ini perlu pergi belajar lah. Tapi sangat berbaloi. Orang sentiasa nak minta repair barang elektronik ni. Sekarang zaman sempit. Tak dapat lah rosak sikit terus buang.

Repair pula ikut tahap kerosakan. Tetapi bisnes servis macam ini, kos nya lebih kepada tenaga dan masa. Ada yang boleh jana RM5-8ribu sebulan buat secara part time. Tak percaya? Tengok sahajalah, nak betulkan speaker handphone yang rosak pun menelan belanja ratusan ringgit. Nak format laptop pun ada yang caj hingga RM70!

4. Kerja rencam dan teknikal

Ini sebenarnya jarang orang kita buat tetapi sangat berbaloi. Kalau di KL ni banyaknya orang Indonesia dan Bangladesh yang buat.

Sebagai contoh, tukar tombol pintu pun ada yang charge RM80 ringgit! Pasang kipas sahaja upah hingga RM200! Kerja sangat lumayan dan boleh beri pulangan yang besar.

Kerja ini perlukan kemahiran. Tetapi ia amat lumayan. Bayangkan ada kenalan kami hanya dari buat kerja rencam sekarang sudah mempunyai syarikat kontraktor yang maju!

5. Jual Beli Online

Ini tak ramai yang pandai buat walaupun ramai yang nak buat. Nampak senang tapi tak lah senang. Walaupun begitu, kalau kena caranya amat berbaloi.

Sebagai contoh, jika pandai cari barang-barang dari negara China, ianya boleh dijual di sini dengan harga yang berbaloi.

Sebagai contoh, sofa angin untuk bersantai itu boleh dibeli dengan harga dalam RM30-50 dan di jual semula dengan harga RM200 dahulu.

BONUS!!

6. Pelaburan saham atau pun forex.

Ini bukanlah pekerjaan. Ini lebih kepada pelaburan. Tetapi ada yang buat duit mingguan dan bulanan dari forex dan saham. Saham dan Forex dua perkara berbeza.

Walaupun begitu, jika anda bijak dan pandai dengan pelaburan ini, anda boleh buat duit secara harian.

Yang ini perlukan anda untuk pergi belajar dan fahamkan. Tambah lagi ada juga risiko kerugian.

Kesimpulan.

Sebenarnya banyak pekerjaan yang boleh dibuat. Ada antara kita memilih untuk bawa Grab. Ada pula yang berniaga burger tepi jalan. Apa pun yang kita buat, biarlah halal dan berkat.

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *