Tarikh Hari ini:26 August, 2019

5 Fakta Berkenaan Skim MySalam

Menurut laporan 2018 Institut Kajian Khazanah (KRI), mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000, menggunakan 95% pendapatan mereka untuk keperluan, tidak termasuk perbelanjaan kesihatan. Bermakna, sudahlah tidak boleh menyimpan dan menjana kekayaan, ditambah lagi dengan hidup tanpa apa-apa perlindungan kesihatan. Atas dasar ini, kerajaan mewujudkan skim takaful MySalam yang dapat mengurangkan bebas dari segi kos rawatan dan kesihatan.

 

Mensasarkan Golongan B40

Golongan B40 adalah mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3860. Skim ini mensasarkan mereka yang berpendapatan lebih rendah daripada RM3000 yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), merangkumi dari umur 18 hingga 55 tahun. Secara kesulurahannya, sebanyak lebih kurang 3.69 juta yang bakal dapat manfaat ini.

Tempoh Perlindungan Skim

Skim ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan pengguna boleh mula untuk buat claim atau tuntutan berkaitan pada 1 Mac 2019. Tempoh perlindungan ini tidak seperti takaful lain yang melindungi pencarum sehingga 80 atau 100 tahun.

Ia hanya melindungi selama 5 tahun. Kenapa? Ini adalah berdasarkan dana yang diperoleh dan merupakan fasa percubaan untuk melihat segala kelemahan yang ada memandangkan ini adalah projek yang pertama kali diwujudkan. Boleh jadi digunakan sebagai bahan manifesto  jika kerajaan sekarang diberi mandat lagi, mungkin skim ini akan diteruskan lagi.

Manfaat Skim

Antara manfaat yang diperoleh adalah :

  • Bagi penerima skim yang menghidapi salah satu 36 penyakit kritikal akan dapat pampasan RM8,000 (one-off)
  • Penerima yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan akan menerima  elaun RM50 sehari (maksimum 14 hari atau RM700 setahun) sebagai pendapatan gantian

Peruntukan Tidak Termasuk Dalam Bajet 2019

Seperti mana kita tahu, kerajaan telah menaikkan peruntukan untuk sektor kesihatan dari 7.8% kepada RM29 bilion iaitu hampir 10%. Untuk makluman semua, dana untuk mewujudkan skim ini tidak menggunakan peruntukan sektor kesihatan yang sedia ada. Mudah kata, ‘free money’ untuk laksanakan skim ini. Dari mana dapat duit untuk tanggung kos skim ni? Baca poin seterusnya.

Great Eastern Life Beri Dana RM200 Bilion Untuk Skim Ini

Great Eastern ni dimiliki oleh OCBC Bank Singapura dan merupakan salah satu foreign-owned insurer terbesar di Malaysia. Great Easter Life beri dana, manakala Great Eastern Takaful pula menjadi penjamin (insurer) dalam skim ini.

Menurut Menteri Kewangan, dana ini digunakan sepenuhnya untuk tanggung kos premium iaitu RM112 setahun bagi setiap individu. Sebagai pertukaran, Great Eastern diberi pengecualian daripada peruntukan kerajaan yang sepatutnya pengangan 30% dimiliki oleh institusi/entiti lokal (Malaysia).

Great Eastern beri RM2 bilion kepada kerajaan, kerajaan guna bayar premium kepada Great Eastern semula. Dah macam pinjaman tanpa interest pun ada. Si A beri pinjam RM 2 bilion, si B bayar ansur-ansur setiap tahun selama 5 tahun.

Info tambahan cara kira kos premium menurut Najib Saahari  :

Fund size / beneficiary / years covered

= RM2 bilion / 3.69 milion / 5

= RM108

Tapi, Menteri Kewangan kata kos premium RM112. Mungkin penerima skim ini lebih rendah daripada 3.69 juta. Kita buat reverse calculation sikit :

Fund size / beneficiary / years covered

= RM2 bilion / 3.57 milion / 5

= RM112

Apa-apa pun, yang penting adalah kita kena ada perlindungan seperti takaful ni untuk kurangkan beban kos rawatan dan kesihatan. Dengan adanya banyak syarikat insuran dan takaful dalam Malaysia dapat mewujudkan persaingan yang sihat dari segi kos premium.

Ditambah zaman digital dan wujudnya skim ni, mungkin boleh menjadi trigger untuk syarikat-syarikat insuran dan takaful menjadikan kos premium mereka lebih kompetitif.

Share

Zuhair Masiran adalah seorang Licensed Financial Planner dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Selain tu, beliau sangat minat hal-hal yang memerlukan kreativiti seperti grafik design. Beliau juga menulis dalam blog personalnya, notawang.com. Jika ada persoalan hal kewangan peribadi, boleh hubungi beliau untuk dapatkan nasihat yang kreatif!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *