Tarikh Hari ini:26 August, 2019

5 Fakta Penting Tabung Haji Yang Perlu Anda Tahu

Tabung Haji (TH) menjadi topik yang hangat baru-baru ni.

Saat-saat yang dinantikan bakal tiba. Iaitu pengumuman Hibah TH 2018 yang bakal diumumkan pada pukul 3 petang nanti. Pelbagai pendapat dan pandangan telah dilontarkan oleh netizen. Ada yang bertanggapan sinis dan ada juga optimis.

Sebelum kita membuat justifikasi, eloklah kita hadamkan beberapa fakta penting ni.

1) Konsep Simpanan Wadi’ah Yad Dhamanah

Konsep simpanan ni bermaksud berasaskan jaminan. Dalam hal ni, melibatkan antara pendeposit sebagai penyimpan dan Tabung Haji sebagai penjaga (custodian).

Dalam akad simpanan ini, pendeposit bersetuju dan membenarkan TH untuk guna simpanan pendeposit bagi tujuan pelaburan. Bagi pihak Tabung Haji (kerajaan) pula memberi jaminan bagi setiap ringgit yang disimpan. Erti kata lain, tak akan berkurang.

Namun, dari segi keuntung pula, ia adalah milik TH sepenuhnya. Ada pun keuntungan atau hibah yang diagihkan adalah menurut budi bicara dan kemampuan kewangan TH.

Dah fahamkan kenapa TH tak wajib bagi pulangan?

2) Syarat Pengagihan Hibah Tabung Haji

Bagusnya kemelut yang berlaku ni, kita pun dapat kenal dengan satu akta ni. Iaitu syarat untuk berikan hibah mestilah nilai aset melebih nilai liabiliti.

akta-hibah-tabung-haji

3) 2 Jenis Hibah Tabung Haji

Jangan buat-buat tak tahu. Ya, ada dua.

Satu, Hibah Tahunan. Lagi satu, Hibah Haji.

Hibah tahunan akan diberikan kepada semua pendeposit.

Manakala, Hibah Haji pula hanya diberi kepada mereka yang belum menunaikan Haji sahaja dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

hibah-tabung-haji-2017

Contoh kita ambil hibah 2017 dan status masih belum tunaikan haji.

(A) Simpanan RM5,000

  • Hibah tahunan : RM5,000 x 4.5% = RM225
  • Hibah Haji : RM5,000 x 1.75% = RM87.50
  • Jumlah Hibah = RM312.50

(B) Simpanan RM15,000

  • Hibah Tahunan : RM15,000 x 4.5% = RM675
  • Hibah Haji : RM9,980 x 1.75% = RM174.65
  • Jumlah Hibah = RM849.65

Dah faham cara kira, jangan pula kita pukul rata semua pendeposit dapat jumlah hibah 6.25% tanpa ambil kira berapa jumlah simpanan dan status dah pergi haji ke belum.

 

4) Hibah Tabung Haji Sudah Dizakatkan

Nampaknya, dah ada gosip-gosip katakan lebih baik letak dalam instrumen lain.

Nak bandingkan boleh, tapi pastikan kita ambil kira penolakan zakat sebanyak 2.5%.

Sebab apa? Sebabnya Hibah yang diumukan TH semuanya dah dizakatkan.

Kalau sesuatu instrumen tu boleh beri purata keuntungan 6%, selepas tolak zakat, untung bersih jadi 3.5%. Nampak tak? Siapa lagi hebat? Semestinya TH, dah tolak zakat pun masih boleh beri 4.5%. Itu dulu lah, sekarang kita tunggu dan lihat.

Selain tu, ambil kira juga kelebihan simpan di Tabung Haji yang tak ada kat tempat lain iaitu layak dapat subsidi kos buat Haji.

zakat-th-2017

 

5) Hibah Amanah Adalah Hibah Mutlak

Kebiasaannya kita dengar pendeposit hanya buat penama sahaja.

Tetapi ramai orang salah anggap. Mereka ingat penama ni maksudnya akan memiliki harta si pendeposit yang telah meninggal dunia. Maklumlah, duit tu memang akan masuk ke dalam akaun si penama. Padahal, penama ni tugasnya hanya pengurus tadbir harta. Penama perlu agihkan harta si mati mengikut Faraid atau hasrat si mati.

Jadi, bagi mereka yang nak betul-betul bagi hibah, bolehlah buat hibah Amanah yang disediakan oleh TH sendiri. Tapi kena ingat, Hibah Amanah ni Hibah Mutlak.

Apa maksudnya tu?

Maksudnya, kita beri hibah ketika hidup dan secara sukarela, dan simpanan tu secara sahnya menjadi milik si penerima hibah. Kelemahannya, jika si penerima hibah meninggal dunia, simpanan itu perlu diagih mengikut faraid si penerima hibah, bukannya si pendeposit tu.

Jelaskan? Sebenarnya poin nombor 5 ni tak ada kena mengena dengan isu sensasi ni, tapi saja selit sebab ramai yang salah anggap.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat kita simpulkan disini adalah suka atau tidak, kita kena akui akad kita simpan dalam TH iaitu tidak semestinya mendapat pulangan. Jika pulangan adalah seperti yang digembar-gemburkan, secara kreatifnya, bagi yang belum tunaikan Haji boleh simpan minimum RM10,000 dan selebihnya boleh ambil kira instrumen lain yang lebih kurang sama objektinya.

Manfaat subsidi Haji dapat, manfaat pulangan yang lebih daripada TH pun dapat.

Mungkin ini akan memberi kesan negatif terhadap institusi TH itu sendiri dari segi nilai simpanan yang berkurang dan secara tidak langsung sumbangan zakat daripada TH juga akan berkurang. Namun, supply and demand  ini sedikit sebanyak dapat beri tekanan kepada pihak terbabit agar tidak sambil lewa dan berusaha untuk berikan insentif yang terbaik dalam menjaga para pendeposit yang sedia ada.

Share

Zuhair Masiran adalah seorang Licensed Financial Planner dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Selain tu, beliau sangat minat hal-hal yang memerlukan kreativiti seperti grafik design. Beliau juga menulis dalam blog personalnya, notawang.com. Jika ada persoalan hal kewangan peribadi, boleh hubungi beliau untuk dapatkan nasihat yang kreatif!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *