Tarikh Hari ini:20 September, 2019

5 Pengajaran Dari Kisah The Three Kingdom Boleh Kita Aplikasikan Dalam Bisnes

Ini adalah pengajaran dari kisah The Three Kingdom. Kisah sejarah yang banyak boleh kita belajar. Saya cuma pernah baca buku strategi bisnes berasaskan kisah ini. Buku sastera yang asal tak pernah. Tapi kita bawa kisah dari movie Red Cliff yang berasaskan kisah Three Kingdom ini.

CaoCao adalah seorang jeneral paling berkuasa. Bahkan lagi berkuasa dari maharaja. Dia ada angkatan tentera yang kuat dan armada kapal yang besar. Penentang nya semua dianggap sebagai pemberontak. Antara nya Jeneral Liu Bei dan Jeneral Sun Quan yang menguasai kawasan utara. Kedua-dua Jeneral ini ada daerah kekuasaan masing-masing.

CaoCao Kisah The Three Kingdom

Jeneral CaoCao

Jeneral CaoCao yang ingin menguasai negara memerintahkan untuk Liu Bei dan Sun Quan diperangi. Sepanjang laluan, negeri-negeri lain yang menentang semua dimusnahkan!

Ikut logik Liu Bei pasti kalah.

  • Angkatan tentera nya kecil.
  • Dia tiada armada laut.
  • Liu Bei sendiri bukan pahlawan yang hebat.
Liu Bei Kisah The Three Kingdom

Liu Bei

Apa yang Liu Bei ada adalah jiwa pemimpin dan team yang bagus. Dia ada orang yang setia dengannya. Yang sanggup berperang untuk nya. Antara yang Liu Bei ada dalam team adalah seorang strategis yang bijak Zhuge Liang. Zhuge Liang bukan pahlawan tetapi pakar strategi, negosiasi dan ahli falsafah.

Zhuge Liang menganalisa apa perancangan CaoCao. Apa yang Zhuge Liang lakukan adalah dia berjumpa dengan Sun Quan. Dan dia memujuk Sun Quan untuk menjadi sekutu(alliance).

Selain itu dia menyusun strategi perang dan mencipta alat perang baru yang tak pernah ada sebelum ini.

Dan dalam kisah three kingdom ni, mereka menang!

Apa yang kita boleh belajar dari kisah The Three Kingdom?

#No1. Kita tak pandai semua. Tapi kalau kita ada team yang bagus kita boleh menang.

Liu Bei tak lah hebat. Tapi dia ada team yang bagus. Dia ada 2nd man. Zhuge Liang yang pakar strategi. Dia ada jeneral perang lain yang setia dengan nya dan sanggup berperang.

Ini internal team. Partner.

Dia ada 3 faktor kejayaan team:

  1. Pemimpin yang di taati
  2. Perancang dan Strategis
  3. Kuda Perang/Pahlawan berani.

Kena ada kesemua baru berjaya. Kalau strategis sahaja tanpa pahlawan, siapa yang akan terjun ke medan? Kalau pahlawan sahaja tanpa strategis, terjun ke medan dan mati buta sahaja. Kalau tanpa pemimpin lagi bahaya. Siapa yang akan kita ikuti jalan nya.

#No2. Musuh besar mana jangan risau. Ada cara untuk kalahkan.

Tak kisah “musuh” itu dalam bentuk competitor atau dalam bentuk misi yang nak dipenuhkan, jika kita ada strategi yang baik, team yang hebat dan tahu guna resource kita, kita pasti boleh menang dan kalahkan musuh kita walau besar mana.

#No3. Kita kecil kalau seorang. Cari sekutu. Build alliance. Ini external team.

Bukan partner. Tapi alliance. Sekutu. Kita tak perlu untuk bina alliance dengan semua orang. Kena pilih.Ada alliance yang bermanfaat.

Ada alliance yang tidak. Walaupun kita nampak sekutu itu besar. Tapi tak semestinya bermanfaat untuk kita.

Dan paling bahaya, ada alliance yang makan kita balik. Kita nampak dia besar and dia nak bersekutu dengan kita. Rupa-rupanya dia gunakan kita. Kita tak dapat apa. Kena makan lagi ada.

Jadi cari alliance. Dan pilih betul-betul.

Kita tak boleh menang kalau seorang jika lawan musuh yang besar. Cari alliance yang boleh complement kita. Yang boleh isi kekurangan kita.

Liu Bei hanya ada angkatan tentera darat. Sun Quan pula kuat dengan armada lautnya.

Jika mereka menentang CaoCao sendiri-sendiri, mereka tentu kalah. Tapi kalau mereka guna kan kehebatan masing-masing dan menentang CaoCao yang kuat, mereka berpeluang untuk menang!!

#No4. Leverage dan Deploy Resources.

Resource ni datang dalam bentuk fizikal dan manusia. Kita ada sumber kewangan. Senjata. Makanan dan lain-lain. Kita juga ada sumber manusia. Kepandaian manusia ni lain-lain.

Kita kalau tak cukup resource fizikal, kita kena cari. Dapatkan senjata tambahan. Cari di mana ada sumber lain. Macam Zhuge Liang. Anak panah untuk persediaan berperang tak cukup. Mereka pasti tak sempat buat anak panah sendiri.

Jadi apa yang di lakukan dalam kisah the three kingdom ni ,Zhuge Liang menghantar 2 buah bot berisi jerami. Kononnya bot tersebut untuk menyerang CaoCao. Lalu askar CaoCao memanah bot tersebut. Hasilnya, anak panah terlekat pada jerami, dan Zhuge Liang pulang membawa 2 buah bot yang penuh dengan anak panah!

Sumber talent pula, kita letakkan orang yang betul pada tempat yang betul. Tiap orang ada kepandaian masing-masing. Gunakan. Leverage on the talent.

#No5. Strategi dan Teknologi.

Semua orang berperang di medan yang sama dengan strategi yang sama dan senjata yang sama. Nak menang macam mana?

Lagi pula kalau kita menentang musuh yang besar dengan senjata yang sama dan strategi secara head-on. Terus terjun medan secara head-on.

Pasti lah kalah!! Musuh tu lagi besar dan kuat dari kita.

Tapi kalau kita bina strategi baru. Kita buat berbeza sedikit dari musuh. Kita guna kan “senjata” yang lebih baik sikit, berbeza sikit, besar mana pun musuh, kuat mana pun askar dia, banyak mana pun duit dan resource dia ada, kita boleh menang.

 

Kesimpulan Pengajaran Kisah Three Kingdom

Banyak lagi kita boleh belajar dari strategi perang mereka ini. Tapi yang penting kita kena tahu jangan takut untuk melawan musuh yang besar. Kita boleh menang!

Asalkan kita ada pemimpin yang berkarisma, rakan seperjuangan yang bijak dan berani yang kekuatan masing-masing kita leverage kan, rakan sekutu yang boleh bergerak bersama dan strategi serta teknologi yang bagus, jangan risau.

KITA BOLEH MENANG!!

p.s: Sebenarnya kita sendiri, orang Melayu ada kisah bagaimana menundukkan lawan lebih besar dan kuat. Pernah dengar kisah Dawn Raid yang di laksanakan oleh Tun Mahathir satu ketika dulu? Boleh baca sini bagaimana Tun Mahathir menundukkan British melalui Dawn Raid.

Share

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *