Tarikh Hari ini:20 September, 2019

5 Sebab Utama Kenapa Permohonan Pinjaman Ditolak

Pinjaman ditolak?

Salah satu perkara yang penting semasa pembelian rumah ialah semasa membuat permohonan pinjaman perumahan. Lainlah jika kita ada banyak duit untuk beli rumah secara tunai, tak perlulah kita pinjam bank.

Tapi bila memohon pinjaman, tak semua boleh lepas dan lulus dengan mudah. Berikut ialah 5 sebab utama kenapa permohonan pinjaman ditolak:

#1 –  Komitmen Tinggi

Komitmen tinggi bermaksud seseorang itu mempunyai banyak hutang hutang dengan bank pada sesuatu masa seperti hutang pinjaman peribadi, sewa beli kereta dan kad kredit.

Ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank setiap bulan melebih 70% daripada pendapatan bulanan. Jadi bank akan menolak permohonan pinjaman perumahan anda.

Pening dengan komitmen kad kredit anda yang tinggi? Baca artikel ini untuk menyelesaikan hutang kad kredit.

#2 – Tinggi Risiko

Tinggi risko atau dalam Bahasa inggerisnya ‘Exposure’ tinggi adalah bermaksud semua hutang anda dengan sebuah bank sahaja.

Sebagai contoh, Tajul suka bank harimau. Jadi, semua hutang Tajul dibuat dengan Bank harimau. Jumlah hutang Tajul dah jadi berjuta-juta dengan bank harimau.

Kalau Tajul nak buat pinjaman lagi dengan bank harimau kemungkinan besar kena tolak sebab sudah berisiko tinggi.

Dari segi pandangan bank, jika berlaku sesuatu kepada Tajul, bank akan menangung risiko yang agar besar.

#3 – Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap

Tidak mempunyai pendapatan tetap merupakan salah satu faktor yang Utama kenapa pinjaman anda tidak diluluskan; lebih-lebih lagi anda tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan.

JIka anda dapat membuktikan pendapatan bulanan anda dan ianya tetap, peratusan kelulusan akan tinggi.

Tetapi jika anda berniaga, lain pula kiranya. Banyak dokumen sokongan yang diperlukan sperti SSM, penyata cukai, penyata akaun bank dan akaun pengurusan syarikat.

#4 – Bekerja Kontrak

Bagi sesiapa yang bekerja kontrak seperti 1-2 tahun agak susah nak dapatkan pinjaman. Sebaiknya jangan beritahu kepada banker bahawa jenis pekerjaaan awak adalah kontrak kalau pihak bank tidak tanya. Kalau bank tidak tanya biasanya pinjaman boleh lepas. Kalau dalam slip gaji awak ada tulis ” kontrak” biasanya bank akan menfolk permohonan pinjaman anda.



#5 – Masalah CCRIS dan CTOS

Masalah CCRIS atau CTOS sentiasa menghantui peminjam-peminjam. Anda masalah, permohonan pinjaman ditolak. Kalau rekod CCRIS cantik, komitmen tidak tinggi biasanya bank akan luluskan pinjaman. Bank akan merujuk kepada kedua-dua penyata ini untuk mengetahui sejarah dan prestasi pembayaran anda untuk pinjaman yang lain.

Kalau anda tidak pernah melihat CCRIS anda sendiri, anda boleh dapatkan penyata ini di Bank Negara Malaysia secara percuma dan jangan lupa daftarkan nombor telefon bimbit anda, untuk memudahkan anda check CCRIS online untuk urusan seterusnya.

Tak tahu apa itu CCRIS? Baca artikel ini –> Apa itu CCRIS? Apa Relevennya CCRIS?

Pinjaman Ditolak? Apa yang perlu anda buat?

Apabila pinjaman ditolak, anda perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak bank. Kenapa permohonan ditolak?

Cuba berbincang dengan mereka, apa yang cara yang boleh buat untuk memperbetulkan keadaan. Selalunya bank boleh dirunding.

Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty.com dan ringgitmalaysia.com. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup. Minat dalam kewangan terutamanya dalam #‎parenting‬ ‪#‎kidsfinancial‬ #personalfinance #pelaburanhartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *