Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Apa itu saham

Saham ni apa sebenarnya? Sama macam forex ke? Sebenarnya masih ramai yang belum faham apa maksud saham yang sebenarnya.

 

Definisi Saham

Saham bermaksud pemilikan bisnes, jadi apabila kita membeli saham di Bursa Malaysia, ia bermaksud kita membeli bisnes tersebut.

 

Untuk memahami konsep saham, boleh ikuti contoh dibawah.

 

Azim merupakan seorang usahawan kedai runcit yang diberi nama Azim Mart Sdn Bhd. Setelah 2 tahun berniaga, dia ingin mengembangkan perniagaan beliau dengan membuka lebih banyak cawangan. Tapi dia mempunyai satu masalah iaitu kekurangan modal.

Sumber: Time Out

Macam mana nak dapatkan modal?

Ada beberapa cara untuk mendapatkan modal, yang pertama adalah mendapatkan pinjaman daripada bank. Tetapi disebabkan perniagaannya masih baru, Azim sukar untuk mendapatkan pinjaman bank, tambahan lagi kadar faedah yang dikenakan oleh bank agak tinggi.

 

Lalu Azim cuba untuk mencari pelabur. Dia sanggup melepaskan 50% daripada pemilikan perniagaan beliau untuk dijual kepada pelabur. Shah berminat membeli 50% pemilikan Azim Mart pada harga RM100,000.

 

Maka Shah mendapat 50% pemilikan Azim Mart manakala Azim mendapat RM100,000 untuk mengembangkan bisnesnya.

Sumber: The Star

Bagaimana pelabur mendapat keuntungan?

Selepas setahun, Azim Mart kini mempunyai 5 cawangan dan setiap satu cawangan memberikan keuntungan RM100,000 setahun. Jumlah keuntungan bagi kesemua cawangan adalah RM500,000. Daripada RM500,000 tersebut, Azim Mart memberikan dividen kepada pelabur berjumlah RM300,000. Maka Azim dan Shah masing-masing memperolehi dividen berjumlah RM150,000.

 

Begitulah secara ringkas konsep saham.

 

Yang orang selalu sebut beli saham di Bursa tu macam mana pula?

Katakanlah Azim Mart tadi terus berkembang selepas beberapa tahun dan kini hendak membuka cawangan di luar negara pula. Lalu Azim dan Shah bersetuju untuk melepaskan 50% pemilikan mereka untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Proses ini dinamakan sebagai saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).

 

Maka orang awam bolehlah membeli saham Azim Mart di Bursa Malaysia. Katakanlah harga IPO RM5, selepas beberapa tahun makin ramai yang nak membeli saham Azim Mart kerana bisnesnya yang bagus dan sentiasa berkembang, maka harga saham naik kepada RM10. Di sini pelabur sudah untung RM5.

 

Secara kesimpulannya, saham boleh memberikan 2 jenis keuntungan kepada pelabur iaitu:

  1. Dividen
  2. Kenaikan harga

 

 

Share

Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan dan berpengelaman bekerja di sebuah bank tempatan. Sering berkongsi ilmu kewangan di media sosialnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *