Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Apa Yang Jadi Sebenarnya Dengan Krisis Ekonomi Venezuela?

Venezuela terkenal dengan gadisnya yang cantik dan menggoda. Banyak kali gadis Venezuela menang pertandingan Miss Universe. Tetapi bukan itu sebabnya Venezuela kali ini hebih diperkatakan di kaca TV. Kalau kita perasan dalam berita sekarang kerap keluar tentang Venezuela.  Yang keluar bukanlah berita baik tetapi berita yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan sukar. Yang terjadi adalah krisis ekonomi Venzuela yang dahsyat. Kalau tengok di Al Jazeera, TV3 dan lain-lain, kita boleh lihat bahawa terjadi tunjuk perasaan yang besar berlaku di sana.

Apa Sebenarnya Terjadi Di Venezuela?

1. Protes Besar-Besaran

Protes dan demonstrasi besar-besaran sejak Rabu yang lepas. Ini adalah demonstrasi besar-besaran pertama sejak President Nicolas Maduro bertindak terhadap peserta demonstrasi pada tahun 2017 yang mengakibatkan kematian.

2. Kerajaan Tidak Sah

Ahli politik pembangkang Juan Guaido pula menyatakan yang kerajaan yang ada sekarang adalah tidak sah dan Juan Guaido mahu membina kerajaan sementara. Juan Guaido dengan pengaruhnya sendiri tidak boleh buat apa-apa, tetapi dengan bantuan tentera, boleh menumbangkan kerajaan yang ada.

3. Pengaruh Amerika Syarikat

Amerika Syarikat dan sebilangan negara barat yang lain memberi sokongan kepada Juan Guaido sebagai Presiden Venezuela yang baru.

 

Kenapa Terjadi Nya Krisis Di Venezuela?

Yang terjadi adalah krisis ekonomi Venezuela dan sistem demokrasi Venezuela yang kini menyebabkan rakyat bangkit untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Ianya terjadi sejak zaman Hugo Chavez lagi. Tapi sayangnya, Venezuela ini suatu masa dahulu pernah menjadi negara yang dicemburui ramai kerana kekayaan dan kemewahannya. Ini kerana ia adalah antara negara yang kaya dengan minyak.

Pernah ingat tak ada ahli politik kita pertikaikan kenapa Venezuela boleh jual minyak pada harga murah dan berikan pendidikan percuma kepada rakyatnya? Begitulah polisi populis yang akhirnya memusnahkan Venezuela.

Krisis Ekonomi Venezuela dan Hyperinflation

Susah nak percaya yang negara yang pernah begitu kaya dan mempunyai ‘oil reserve’ paling besar di dunia sekarang menjadi sebegitu teruk. Pada tahun 1998 Hugo Chavez memegang kuasa. Pada waktu ini, harga minyak naik dengan laju dan ini memudahkan pentadbiran Chavez untuk berbelanja dan membuat pinjaman.

Pada tahun 2003, mogok buruh telah terjadi di PDVSA iaitu syarikat minyak milik negara. Sama macam Petronas di Malaysia. Mogok pekerja tersebut telah memberi impak besar kepada ekonomi dengan GDP jatuh 27% dalam 4 bulan pertama mogok tersebut.

Mogok oleh staf PDVSA

Selepas itu, Hugo Chavez melakukan beberapa inisiatif untuk mengekang Bolivar(matawang Venezuela) dari terus jatuh. Malangnya inisiatif itu yang menyebabkan ekonomi Venezuela terus runtuh.

Yang menjadi penyebab utama krisis ekonomi Venezuela tersebut adalah pergantungan Venezuela terhadap sumber petroleum. 96% eksport Venezuela adalah minyak. Jadi apabila terjadinya kejatuhan teruk harga minyak pada tahun 2014, ekonomi Venezuela mengalami kejatuhan yang dahsyat.

Akibatnya ekonomi Venezuela mengecil. Mengikut IMF, ekonomi Venezuela mengecil 30% dari tahun 2013 hingga 2017. Ketika mereka kaya raya, mereka bergantung kepada makanan yang di import. Ketika ekonomi Venezuela runtuh, ditambah dengan polisi Chavez yang antaranya  menasionalisasi syarikat menyebabkan keadaan menjadi teruk kerana tiada penghasilan dari dalam negara sendiri.

Oleh kerana ekonomi yang menguncup, ‘foreign reserves’ berkurang dari $30 billion ke kurang daripada $ 10 billion. Tambah lagi pelaburan terus dari Amerika Syarikat yang berkurang dan juga sekatan ekonomi dari pentadbiran Amerika Syarikat menyebabkan ekonomi nya lebih teruk. Ini menyebabkan kerajaan Venezuela mencetak lebih banyak wang nya sendiri untuk membiayai import ke dalam negara. Ini lah yang menyebabkan nilai Bolivar menjadi lebih rendah.

Hyperinflation di Venezuela

Akibat dari pergantungan pada sumber minyak yang sekarang sudah jatuh harganya, ditambah dengan dasar nasionalisasi Chavez dahulu yang menyebabkan Venezuela tak mampu menghasilkan produk dan makanan sendiri serta pergantungan kepada barangan import menyebabkan terjadinya krisis ekonomi Venezuela yang teruk.

Akhirnya daripada ini, terjadinya Hyperinflation. Bayangkan inflasi di Venezuela sekarang adalah setinggi 1,200,000%!!

Maksudnya macam ini, supaya mudah faham, harga sekeping roti canai 3 minggu lepas yang berharga RM2 sekeping sekarang berharga RM20 sekeping!!

Begitulah terjadi nya di Venezuela.

Krisis Politik Dan Musnahnya Sebuah Kerajaan

Nicolas Maduro dipilih menjadi Presiden pada April 2013 setelah kematian mentornya, Hugo Chavez. Ketika itu Maduro hanya menang dengan kelebihan 1.6% undi sahaja. Sangat tipis,

Maduro mewarisi pentadbiran yang bermasalah dari segi ekonomi. Ketika ini kerana pergantungan Venezuela kepada minyak menyebabkan ekonomi nya jatuh setelah kejatuhan harga minyak. Ini menyebabkan rakyat nya menyalahkan Maduro. Walaupun begitu pada 2018, Maduro telah dipilih semula dalam sebuah pilihanraya umum yang dikatakan antara yang terkotor dalam sejarah Venezuela.

Juan Guaido vs Nicolas Maduro

Oleh kerana Pilihanraya Umum itu di anggap kotor, maka Dewan Negara nya yang dikuasai pembangkang telah menolak kemenangan Maduro. Ketua Dewan Negara, Juan Guaido kini yang lantang menolak Maduro dan menyatakan kuasa Presiden Maduro tak sah.

Dengan itu Juan Guaido menyatakan yang dia akan memegang jawatan Presiden secara sementara untuk memberi laluan kepada Pilihanraya semula.

Buat masa ini, kerajaan Venezuela masih dalam keadaan kritikal. Juan Guaido disokong oleh USA dan beberapa negara lain. Kunci kepada isu ini adalah campur tangan tentera.

Apa Akibat Dari Hal Yang Terjadi?

Sekarang ini terjadi krisis kemanusiaan yang teruk terjadi di Venezuela. Kebiasaannya, rakyat melarikan diri menjadi pelarian akibat peperangan. Tetapi di Venezuela menyebabkan rakyatnya menjadi pelarian.

Situasi nya amat menyedihkan. Bayangkan akibat terlalu bergantung kepada import luar, mereka tidak mampu menghasilkan makanan sendiri. Sehinggakan rak-rak di kedai dan pasaraya kosong tanpa produk makanan seperti susu, cheese dan roti ada tiada untuk di jual!

Oleh kerana nilai wang mereka rendah, maka tiada barang lagi dapat di import dan jika ada pun harga nya melambung tinggi. Harga secawan kopi sahaja boleh mencecah 200,000 Bolivar!!

Pasaraya mereka kosong tanpa barangan!

Apa Yang Kita Boleh Belajar?

Kes yang terjadi di Venezuela ini adalah amat menyedihkan dan tak mustahil terjadi kepada kita. Ia adalah sebuah negara yang sepatutnya kaya dan senang. Venezuela merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Lebih besar dari Arab Saudi. Tetapi kini ia merupakan negara yang mengalami krisis ekonomi paling teruk!

1. Pergantungan Pada Ekonomi Minyak Dan Petroleum

Kita boleh belajar yang kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ekonomi petroleum. Sebelum ini wujud pemahaman yang Malaysia ini kaya dengan minyak. Maka seharusnya banyak duit. Itu adalah satu pemahaman yang membuatkan Venezuela terlungkup.

Pergantungan sepenuhnya kepada harga minyak boleh menyebabkan risiko sangat tinggi kepada negara. Jika jatuh harga minyak, maka kecil lah pendapatan negara.

 2. Tindakan Populis Yang Menjahanamkan Negara

Banyak tindakan populis oleh Hugo Chavez. Chavez memegang ideologi sosialis yang memberikan kesaksamaan kepada semua. Ya, ia nampak bagus pada awalnya. Tetapi bila dilaksanakan, ia menjadi satu mimpi ngeri kepada negara.

Polisi seperti menjual minyak pada harga sangat rendah kepada rakyat, memberi pendidikan sepenuhnya percuma dari peringkat rendah ke tinggi dan dasar nasionalisasi syarikat nampak menggembirakan penyokong Chavez. Tetapi polisi tersebut memerlukan wang untuk dilaksanakan. Ada kos yang diperlukan dan bukannya murah.

Ianya menjadi bila harga minyak tinggi. Waktu itu ramai yang sayangkan Chavez kerana perut kenyang dengan kekayaan negara. Tetapi bila harga minyak jatuh, dan nilai duit makin mengecil dan negara tiada pendapatan lain, maka rakyat turut terasa. Akhirnya dengan perut yang lapar, rakyat akan bangkit menentang!

3. Kemampuan Menghasilkan Makanan Sendiri

Ini adalah satu isu penting dalam negara. Rakyat yang lapar akan bangkit melawan. Bila Venezuela melaksanakan polisi nasionalisasi syarikat, kebanyakan syarikat milik negara tak mampu untuk menghasilkan produk sendiri. Waktu itu mereka kaya maka mereka import kebanyakan makanan mereka.

Bila harga minyak jatuh dan juga faktor lain berkaitan, mereka sedar mereka tak mampu untuk membuat makanan sendiri.

Sebagai contoh, dasar Tun Abdullah ketika zaman pemerintahannya adalah amat baik. Ketika itu kita bergantung kepada Thailand untuk bekalan beras dan lain-lain. Tun Abdullah melaksanakan polisi “Pertanian adalah perniagaan” untuk menggalakkan industri asas tani. Ramai yang mempersoalkan hal ini tetapi kepentingannya amat tinggi untuk kestabilan negara.

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *