Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Bagaimana Inflasi Boleh Berlaku?

Bagaimana Inflasi Boleh Berlaku?

 

Gambar di bawah menggambarkan secara kasar apa itu inflasi. 10 tahun dulu kalau kita RM50 ke pasar raya, mesti penuh kan troli tu, tapi sekarang dengan RM50, separuh troli pun tidak sampai.

Apa itu inflasi?

Secara istilah inflasi bermaksud suatu proses meningkatnya harga-harga secara umum dan terus-menerus (continue) berkaitan dengan mekanisme pasar yang dapat disebabkan oleh berbagai factor. Bahasa mudahnya inflasi bermaksud kenaikan harga barang.

Inflasi ini perlu dalam ekonomi. Kalau harga barang tidak naik, macam mana gaji kita nak nak naik bukan. Cumanya ianya perlu naik dalam keadaan terkawal. Secara umumnya kadar inflasi adalah sekitar 3-4% sahaja setahun.

Kadar inflasi di Malaysia

Bagaimana nak kira kadar inflasi?

Terdapat beberapa cara untuk mengukur inflasi, pertamanya adalah melalui Deflator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Deflator KDNK adalah ukuran tahap harga baru bagi barangan yang dihasilkan dalam negeri, produk akhir dan servis dalam sesebuah ekonomi. Kaedah ini digunakan untuk mengukur harga inflasi atau deflasi bagi tahun-tahun tertentu.

Cara yang kedua adalah melalui penunjuk Indeks Harga Pengguna (CPI). CPI pula mengukur perubahan tahap harga sekumpulan produk pengguna.

Sebagai contoh, jika anda biasanya membeli barangan setiap bulan menggunakan bakul, CPI digunakan untuk mengukur perubahan harga barangan bagi kesemua barang dalam bakul anda, bagi satu-satu tempoh. Dan perubahan peratusan tahunan pada CPI ini digunakan untuk mengukur inflasi.

Pendek kata, deflator KDNK digunakan bagi skala besar, dan penunjuk CPI digunakan mengukur skala kecil.

Kenapa inflasi berlaku?

Secara umumnya ada dua jenis inflasi iaitu Inflasi Tarikan Permintaan dan Inflasi Desakan Harga.

  1. Inflasi Tarikan Permintaan

Inflasi ini berlaku apabila permintaan meningkat melebihi daripada kemampuan pengeluaran. Hal ini berlaku apabila permintaan meningkat dalam masa yang singkat sehingga pengeluar tidak sempat untuk menghasilkan lebih banyak barang, jadi harga terpaksa dinaikkan.

  • Inflasi Desakan Harga

Ianya berlaku apabila kos pengeluaran sesuatu barang atau servis meningkat. Peningkatan kos ini boleh terjadi atas beberapa faktor seperti:

  1. Peningkatan gaji pekerja
  2. Harga barang mentah meningkat
  3. Peningkatan cukai

Apa kita boleh buat untuk melawan inflasi?

Cara terbaik untuk melawan inflasi adalah melalui pelaburan. Pastikan pulangan pelaburan kita melebihi kadar inflasi. Sebagai permulaan, kita boleh menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji yang mana pulangannya sekitar 5-7%.

 

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *