Tarikh Hari ini:16 November, 2019

Bayar Pembiayaan PTPTN Dengan Cara Mudah

Pembayaran pembiayaan PTPTN kini dah mudah dan tidak perlu nak ke Bank atau Kiosk untuk membuat pembayaran. Malah pembayaran pembiayaan PTPTN secara atas talian pun tidak dikenakan sebarang caj (kalau dikenakan caj tu caj dari bank).

1. JomPay
– tiada caj transaksi (percuma)
– boleh dibuat atas talian

Cara membayar menggunakan JomPay (Maybank2u)

Perlu dapatkan Biller Code dan Ref-1 terlebih dahulu untuk dimasukkan dalam menu pembayaran JomPay:

a. Log masuk Portal PTPTN (no kad pengenalan dan kata laluan)
b. Pilih Penyata Baki
c. Scroll bawah untuk dapatkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2 tapi boleh juga buat semakan melalui PTPTN JomPay.

d. Log masuk Maybank2U
e. Pilih Pay & Transfer (kanan atas)
f.  Pilih JomPay dekat senarai Pay To
g. Masukkan Biller Code dan Press Enter

h. Masukkan Ref-1 dan Ref-2 (nombor telefon anda)
i. Masukkan amaun yang hendak dibayar dan klik Pay (pastikan amaun sama apa yang dalam jadual atau lebih, membayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)
j. Teruskan hingga selesai.

2. FPX di Portal PTPTN
– tiada caj transaksi (percuma)
– pembayaran dengan memilih bayar melalui penolakan dari akaun Simpanan atau caj ke Kad Kredit atau Kad Debit.
– cara bayar guna Kad Kredit bahaya jika dah swipe tapi tidak membayar balik. Kena jaga rekod pembayaran untuk CCRIS cantik.
– boleh dibuat atas talian.

Cara membayar melalui portal PTPTN (FPX)

a. Log masuk Portal PTPTN (no kad pengenalan dan kata laluan)
b. Pilih Penyata Baki
c. Scroll bawah sekali
d. Letakkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar (pastikan amaun sama apa yang dalam jadual atau lebih, bayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)

e. Pilih bayar melalui FPX atau Kad Kredit
f. Rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX


g. Katakan memilih untuk bayar melalui Maybank2u
h. Letakkan email anda (mandatory)
i. Log masuk Maybank2Uj. Akan prompt ke FPX payment, teruskan hingga selesai.

Cara tradisional:
3. Bayar di kaunter atau kiosk
– tidak terima tunai hanya menerima bayaran melalui kad (debit/kredit).
– tiada caj transaksi (percuma).

4. Perbankan Internet
– ada caj transaksi bank sebanyak RM1
– tapi ada yang suka guna cara ni mungkin sebab suka bayar caj transaksi, sedangkan bayaran melalui FPX dan JomPay adalah percuma.

Untuk JomPay dan pembayaran melalui cara biasa Perbankan Internet anda boleh boleh set Favourite akaun PTPTN anda. Jadi setiap kali hendak membuat bayaran balik PTPTN tidak perlu lagi masukkan maklumat diperlukan hanya perlu masukkan amaun yang nak dibayar. Pembayaran melalui FPX, amaun yang dibayar akan terus dikemaskini dalam akaun anda.

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *