Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Bayaran Minimum, Perangkap Kad Kredit. Ini Cara Untuk Elak & Langsaikan Hutang Kad Kredit.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nazrul Hisyam Mohd Noh, sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi manakala 38 peratus dikenal pasti membuat pinjaman peribadi.

Tambahannya lagi, lebih dari­pada 3,400 individu ber­usia antara 20 dan 30 tahun telah mendapatkan kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini juga, individu berumur antara 25 dan 44 tahun merupakan kumpulan umur paling ramai yang diisytiharkan muflis.

Utusan Online, 7 September 2018

Nak tahu berapa jumlah hutang kad kredit tertunggak?

Menurut statistik pada 2010,  jumlah hutang kad kredit adalah sebanyak RM24.4 bilion.
Tetapi hanya 30% yang konsisten bayar semula.

Manakala pada tahun 2017, hutang tertunggak meningkat kepada RM36.9 bilion!

Laporan mencatatkan, 43.6% daripada jumlah pemegang kad hanya dilangsaikan sekurang-kurangnya 5% daripada baki tertunggak, manakala 12.8% tidak dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Agak-agaknya berapa jumlah hutang kad kredit yang tertunggak sekarang ni?

 

Kadar Faedah Kad Kredit Adalah Harian, Bukan Tahunan

Anda pasti tahu pasal compounding bukan?
Kalau dalam pelaburan, biasanya compounding  adalah tahunan.

Tapi tidak bagi kad kredit.

Kebiasaanya kad kredit punya kadar faedah adalah 15-18% setahun.
Bahagi dengan 365 hari, jadilah 0.04% sehari (ambil kira 15% setahun).

Jika anda ada hutang kad kredit RM5,000 , bayar minimum 5% iaitu RM250.
Baki selepas tolak bayaran minimum adalah RM4,750.

Untuk mudah kira, kita ambil kadar faedah bulanan iaitu 0.04% x 30 hari = 1.2%.
Baki tadi RM4,750 x 1.2% = RM57.
Jumlah hutang terkini anda ialah RM4,750 + RM57 = RM4,807. (Lebih tepat RM4,812.50 ; rujuk gambar dibawah)

kadar-faedah-kad-kredit

Ini kiraan sebenar gandaan harian.

 

Sebab itulah hutang kad kredit ni lambat habis.
Setiap hari baki hutang anda digandakan dengan 0.04%.

Tak termasuk lagi caj lewat bayar.
Bagi yang diklasifikasikan sebagai culas bayar, bank akan kenakan kadar faedah 18% setahun.
Sehari jadi 0.05%.
Lagi lengah kita bayar, lagi berganda hutang kita.

 

Dah Faham Pasal Perangkap?

Bila dah tahu bagaimana kadar faedah kad kredit berfungsi, barulah kita faham kenapa bayaran minimum ni adalah perangkap.
Mungkin nilai 0.04% sehari tu nampak kecil.

Cuba bayangkan mereka yang ada hutang kad kredit RM10,000?
Sehari kita berlengah, dah kena RM4.
Darab 30 hari, sebulan hutang bertambah RM120.
Malah boleh jadi lebih lagi.

Jadi, bayarlah tepat pada masanya.

 

Tip Kurangkan Kenaikan Jumlah Faedah

Jangan risau, masih ada harapan untuk selesaikan kemelut hutang kad kredit ni.

Bila dah tahu hutang digandakan secara harian, cuba kurangkan baki hutang semampu yang boleh.
Kalau bayaran minima RM250, tingkatkan jadi RM500.

Anda tetap dikenakan faedah harian.
Disebabkan baki anda lebih sedikit berbanding daripada biasa, jumlah faedah tu berkuranglah sedikit.

tip-langsai-hutang-kad-kredittip-langsai-hutang-kad-kredit

Bandingkan.

Bukan sahaja dapat kurangkan jumlah faedah, malah dapat pendekkan tempoh bayar hutang.

 

Tip Dapatkan Kadar Faedah 0%!

 

langsai-hutang-kad-kredit

Sekarang, kebanyakan bank tawarkan khidmat pemindahan baki.

Kalau ikutkan contoh sebelum ni, hutang RM5,000.
Bayaran minimum RM250. Tapi mampu bayar lebih, jadi RM500. Jumlah faedah anda adalah sebanyak RM460.

Dengan pemindahan baki, kadar faedah serendah 0%!. Tapi syarat-syaratnya ketat. Kena bayar dalam masa setahun. RM5,000 bahagi 12 = RM417 anda kena bayar. Tambahan, anda tak bayar pun apa-apa kadar feadah.

Jimat kan? Anda cuma perlu bayar caj pengendalian sahaja. Semua ni berbeza setiap bank. Jadi, kenalah pandai buat survey.

Cara ni juga sangat sesuai bagi mereka yang ada beberapa hutang kad kredit. Satukan semua baki hutang dan pindahkan ke kad kredit baru ni. Teknik ni kita panggil penyatuan hutang (Debt Consolidation).

Apa-apa pun, silalah rujuk kepada yang pakar dulu. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda buat ikut apa yang kami kongsikan disini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan menjadi batu loncatan untuk langkah seterusnya.

Zuhair Masiran adalah seorang Licensed Financial Planner dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Selain tu, beliau sangat minat hal-hal yang memerlukan kreativiti seperti grafik design. Beliau juga menulis dalam blog personalnya, notawang.com. Jika ada persoalan hal kewangan peribadi, boleh hubungi beliau untuk dapatkan nasihat yang kreatif!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *