Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Cara Buka Akaun ASB untuk Anak

Memandangkan ramai yang bertanya tentang proses nak buka akaun ASB untuk anak anak sejak kebelakangan ini, saya share sikit kat sini prosedur utama yang perlu anda ambil perhatian.

Akaun ni kita boleh buka di mana mana cawangan ASNB yang berdekatan, pejabat pos dan juga ejen-ejen sah ASNB (CIMB, Maybank, RHB, Affinbank).

Apakah syarat kelayakan untuk buka akaun ASB untuk anak? Tak sabar saya nak buka untuk anak saya.

Syarat kelayakan utama adalah akaun terbuka kepada semua rakyat yang berstatus bumiputera ; mualaf, orang asli dan juga serani juga layak untuk membuka akaun ASB.

Boleh membuka akaun ASB ini seawal usia kelahiran anak. Maknanya, bila anak lahir sahaja, anda sudah boleh buka dah akaun ASB ini, tak perlu lagi anda tunggu sehingga anak 6 bulan.

Berapakah had pelaburannya? Saya ada banyak duit nih.

Had pelaburan ialah sehingga RM200,000 bersamaan 200,000 unit. Sudah macam akaun dewasa dah. Kalau anda ada 5 orang anak dan penuhkan ASB masing-masing, anda dah menyimpan RM1juta untuk anak-anak.

Apakah dokumen yang saya perlu bawa untuk buka akaun ASB?

Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan penjaga dan juga mykid kanak-kanak tersebut. Bawa sekali surat beranak anak, kadang-kadang ada bank nak lihat juga.
Kalau boleh sediakan juga SALINAN ketiga-tiga dokumen bagi mempercepatkan proses. Deposit minima untuk pembukaan akaun adalah RM10.

Apa yang anda perlu lakukan adalah isi borang seperti gambar di bawah, pastikan di isi dengan lengkap. Ambil nombor giliran dan tunggu giliran anda.

Dapat akaun, apa lagi, mulalah menyimpan untuk anak anda!

Kemudian jika ada duit orang bagi masa melawat baby dalam pantang ke duit raya baby, boleh lah masukkan dalam akaun tersebut. InsyaAllah, duit itu akan dapat dilaburkan di tempat yang selamat. Mestilah ada dividend an bonus tahunan.

Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! Ibubapa tak sakit kepala, sebab duit dah ada.

Untuk makluman semua, sekarang ASB dah tak keluarkan buku. Sekarang ini buku pelaburan yang biru tu sudah dibatalkan penggunaannya mulai 28 Jun 2017. Kini perlaksaan segala urusan sekarang pakai kad pengenalan sahaja.

Anda hanya akan mendapat salinan slip sahaja setelah urusniaga. Jadi, slip itu jangan dibuang, simpan untuk rujukan baki akaun kita.Tetapi, ASNB akan menghantar penyata tahunan secara elektronik melalui email. JIka tak sabar nak tunggu sampai setahun, boleh beritahun staff ASNB untuk mengeluarkan penyata terkini ataupun gunakan online portal myASNB.

Soalan Yang Sering di tanya semasa buka akaun ASB untuk anak-anak

#1 – Berapakah jumlah MINIMUM pelaburan untuk membuka akaun ASB?

Jumlah minium pelaburan semasa pendaftaran ialah RM10 bersamaan 10 unit sahaja. Ia juga merupakan baki minimum yang wajib ada dalam akaun setiap masa.

#2 – Bolehkah anak berumur 12 tahun ke bawah mengeluarkan ASB?

Tidak boleh. Hanya ibu bapa atau penjaga yang berdaftar sahaja yang boleh membuat pengeluaran tanpa had.

#3 – Bolehkah anak berumur 12 tahun ke atas mengeluarkan ASB?

Boleh. Mereka sudah layak mengeluarkan ASB sendiri tanpa kehadiran ibu bapa dan penjaga dengan had pengeluaran RM200 atau 200 unit dalam seminggu. Ini bermaksud dalam sebulan mereka hanya boleh membuat 4 kali pengeluaran dengan nilai keseluruhan RM800.

Sudakah anda membuka akaun ASB untuk diri sendiri ataupun anak anak anda? Jika belum, ayuh!

Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty.com dan ringgitmalaysia.com. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup. Minat dalam kewangan terutamanya dalam #‎parenting‬ ‪#‎kidsfinancial‬ #personalfinance #pelaburanhartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *