Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Cara Menyimpan Duit Yang Anda Boleh Buat

Ramai ada masalah untuk menyimpan duit. Letak lah gaji besar ke atau kecik, hujung bulan sengkek jugak. Ada kah cara simpan duit yang boleh di buat? Ya! Ada sebenarnya tapi nak tak nak sahaja lah untuk buat. Kalau tak biarlah gaji RM2000 ke atau gaji RM20,000 ke tetap tak dapat nak menyimpan.

Cara Menyimpan Duit Yang Anda Boleh Buat

Jom tengok kami gariskan 4 cara untuk menyimpan duit. Mana tahu boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Cara Pertama : Cermin Diri Sendiri Dahulu!

Sentap tak baca? Bukan lah nak bagi down. Tapi ini amat penting. Kalau kita gaji RM2000 jangan lah gaya hidup macam orang gaji RM 20,000. Saya ada seorang kawan baik dari awal dia kahwin sampai sekarang, dari gaji dia RM4000 sampai lah sekarang cecah berbelas ribu, expenses sebulan dia cuma dalam RM 2000 sahaja! Power kan?

Buat lah macam mana pun cara simpan duit, kalau awal-awal dah tak reti nak tengok kewangan diri sendiri, memang tak akan menjadi punya!

Cara Kedua : Elak Berhutang Kalau Tak Perlu.

Terutamanya kalau buat personal loan. Ye lah kan. Kerja elok. Bank pun tengok. Nanti tiba-tiba dapat lah call dari bank di offer personal loan. Kalau tak perlu, jangan lah ambil. Berhutang untuk benda yang boleh bawa return sahaja. Contoh nya, buat ASB Financing. Itu bagus. Berhutang beli rumah yang boleh datangkan keuntungan. Itu bagus. Berhutang untuk kahwin? No No No! Tapi kalau nak tahu apa kos untuk kahwin, boleh baca sini : Berapa kos perkahwinan?

Oh! Kalau nak tahu apa beza ASB dengan ASB Financing, boleh baca sini : Beza ASB dan ASB Financing.

Cara Ketiga : Elak Membazir Benda Tak Perlu

Dulu waktu saya awal-awal kerja, saya suka betul hantar baju ke dobi dah siap gosok dan lipat dan gosok. Memang lah senang. Tapi bila kira-kira balik, sebulan dalam RM100 lebih juga belanja untuk hantar ke dobi, sedangkan boleh je buat sendiri. Bukan nya sibuk sangat. Kalau dah tahap sibuk bos-bos besar dalam drama TV3 tu tak apa lah untuk hantar ke dobi. Itu kira opportunity cost.

Kalau duduk rumah landed, instead hantar cuci kereta ke kedai kena bayar sampai RM10-15 boleh je kan untuk cuci sendiri. Lagi satu rokok. Sekotak dah RM17-18. Kalau kata lah hardcore hisap rokok tanpa tibai rokok member, mahu sebulan paling kurang 30 kotak. Dah RM 540. Dah sama instalment rumah low cost sebijik. Sebenarnya, kalau ikut gaji RM3500 ke boleh mampu je nak beli rumah.

Bukan lah tak boleh untuk guna kan pada benda kita suka. Tapi berpada-pada. Baru lah boleh menyimpan duit dengan baik.

Cara keempat : Buat Force Saving.

Force saving ini adalah simpanan paksa. Dalam pelbagai bentuk. Ada yang buat dalam bentuk ASB Financing. Ada yang buat dengan beli satu hartanah untuk pelaburan. Ada yang buat dengan buat standing instruction secara bulanan masuk ke akaun khas.

Tak kisah lah macam mana pun. Yang penting buat simpanan. Letak kan target sebulan berapa mahu menyimpan duit.


Ok. Cukuplah bagi 4 dulu. Nanti banyak-banyak bukannya ingat pun. Yang penting buat. Tu baru betul. Kalau asyik baca banyak buku dan artikel tapi tak buat pun no point. Ye tak?

 

 

Share

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *