Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Cara Mudah Simpan Duit ASB

Ruginya kalau tak tahu cara paling mudah nak simpan duit ASB dengan cara yang mudah dan kalau boleh tak perlu beratur di kaunter, ambil nombor giliran dan habiskan masa kadang-kadang berjam-jam untuk membuat penambahan di ASB.

Saya yakin dan percaya hampir 80% penduduk Malaysia tak tahu lagi ada cara yang sangat senang dan mudah untuk menyimpan duit ASB ni, lebih-lebih lagi tanpa ada bank charges RM1.06 !

Bagi yang ingin buat pelaburan tambahan ke dalam ASB atau unit amanah ASNB lain boleh lakukan melalui:

  1. myASNB
  2. Maybank2u
  3. ATM Maybank
  4. Perbankan Internet
  5. Kaunter cawangan ASNB atau ejen ASNB

1. Melalui #myASNB

  • tiada caj transaksi RM1.00
  • pelaburan tambahan yang dibuat akan terus dikemaskini dalam baki akaun

Pelaburan tambahan melalui #myASNB (tutorial bergambar)

  1. Log masuk akaun
  2. Klik Portfolio
  3. Pilih Unit Amanah dan klik Pelaburan Tambahan
  4. Pilih tidak untuk Pengisytiharan PEP dan klik Seterusnnya
  5. Klik ✔️dan klik Seterusnya
  6. Masukkan amaun dan klik seterusnya
  7. Tulis semula karakter dan klik seterusnya
  8. Pilih bank (perbankan internet yang anda ada, pastikan ada duit dalam tu)
  9. Selesaikan transaksi
  10. Selesai, lihat Rekod Urusniaga Terkini untuk lihat transaksi yang dibuat. Boleh muat turun resit sekali

2. Melalui Maybank2u (tutorial bergambar)

  1. Log Masuk Maybank2u
  2. Klik Wealth
  3. Klik ASNB
    • Akan nampak baki keseluruhan pelaburan & baki pelaburan setiap dana yang anda ada
    • Untuk lihat transaksi terperinci klik nama anda di Membership Name bagi dana yang anda ada
  4. Nak buat pelaburan tambahan klik ••• dan selesaikan transaksi. *Caj transaksi RM1.00

3. Melalui ATM Maybank

Pendaftaran

  1. Cari ATM Maybank
  2. Masukkan Kad Maybank
  3. Masukkan PIN
  4. Pilih TH/ASNB
  5. Pilih ASNB
  6. Daftar ASNB ke Kad ATM
  7. Selesaikan pendaftaran

Semakan

Ulang 1 – 5 & pilih Semak Baki

8. Masukkan kod (dipaparkan)

4. Melalui Perbankan Internet

CimbClicks

RHBNow

5. Melalui kaunter cawangan ASNB atau ejen ASNB

6. Melalui Potongan Gaji

Dapat gaji terus ada penolakan ASB, tapi tarikh tolak dari slip gaji tidak sama dengan tarikh masuk dalam ASB. Cara terbaik dengan menggunakan myASNB sebab tiada caj transaksi (minimum pelaburan tambahan melalui myASNB adalah RM100).

Kenapa 1hb? Jawapannya ada dalam tweet ASNB:


Waktu operasi myASNB

Cara ini telah dikongsikan oleh twitter KewanganGraduan dan telah mendapat izin untuk dijadikan artikel.

 

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *