Tarikh Hari ini:16 November, 2019

Cara Tebus Petrol Dengan Percuma

  1. Petron Miles
  2. Mesra
  3. Bonuslink
  4. BHPetrol eCard
  5. Caltex Journey Card

Cara nak kumpul mata ganjaran:

1.  Petron Miles

  • Setiap pengisian minyak 1 liter (Blaze 95) akan menerima 2 Miles Point.
  • Setiap pengisian minyak 1 liter (Blaze 97) akan menerima 3 Miles Point.

2. Kad Mesra

  • Setiap pengisian minyak 1 liter akan menerima 3 mata ganjaran Mesra
  • Perbelanjaan di Kedai Mesra, setiap RM1 akan menerima 1 mata ganjaran Mesra.

3. Bonuslink

  • Setiap pengisian mintak setiap 1 liter akan menerima 1 mata ganjaran Bonuslink.
  • 25 bonus mata ganjaran Bonuslink jika pengisian bulanan dalam 125 – 250 liter.
  • Pengumpulan mata ganjaran Bonuslink tidak terhad di Shell sahaja tapi dimana-mana Partners yang mengambil bahagian.

4. BHPetrol eCard

  • Setiap perbelanjaan RM1 akan dapat 1 mata ganjaran ePoint (minyak dan juga di BHPetromart).

5. Caltex Journey Card

  • Setiap pengisian minyak 1 liter akan menerima 1 Bpoint.
  • Pengumpulan mata ganjaran Bonuslink tidak terhad di Caltex sahaja tapi dimana-mana Merchant yang mengambil bahagian:
    • Starbucks: Setiap perbelanjaan RM1 akan menerima 1 Bpoint.
    • TeaLive: Setiap perbelanjaan RM1 akan menerima 1 Bpoint.
    • Lazada: Setiap perbelanjaan RM25 akan menerima 1 Bpoint.

Apa yang boleh ditebus:

1.  Petron Miles

Better Value

2. Kad Mesra

  • Mata ganjaran Mesra yang dikumpul boleh tebus petrol atau diesel di pam. Dan juga boleh tebus di Kedai Mesra.
    • 100 mata ganjaran Mesra = RM1.

3. Bonuslink

  • Boleh menebus:
    • 100 mata ganjaran Bonuslink = RM 1 Baucar Shell
    • 1000 mata ganjaran Bonuslink = RM 10 Baucar Shell
    • 3000 mata ganjaran Bonuslink= RM 30 Baucar Shell

4. BHPetrol eCard

  • Mata ganjaran EPoint yang dikumpul boleh tebus petrol.
    • 550 mata ganjaran Epoints = RM5.
    • 950 mata ganjaran Epoints = RM10

5. Caltex Journey Card

Setiap 1000 mata ganjaran BPoints bersamaan RM10.

Ekstra: Penggunaan Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-I* akan memberikan pengguna pulangan tunai (cashback) sebanyak 8%. Sebagai contoh perbelanjaan minyak RM50 seminggu bersamaan 25.25 liter (RM1.98 seliter) akan menerima 75 mata ganjaran Mesra. Selama sebulan perbelanjaan RM200 sebulan akan menerima 300 mata ganjaran Mesra dan RM16 pulangan tunai.

Dengan kiraan mudah, kos perbelanjaan minyak akan menjadi RM184 sebulan, menjadikan RM1.82 seliter (purata) dan boleh juga boleh tebus RM3 petrol.

*pengisian minyak Sabtu atau Ahad sahaja

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *