Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Cara Travel Percuma Dengan ASB. Jom Tengok Macam Mana.

Siapa je yang tidak suka travel kan, tapi apa yang lagi seronok adalah kita dapat travel secara percuma. Cuba anda bayangkan kalau setiap tahun anda tidak perlu risau bab bajet travel, hanya tinggal nak fikir destinasi sahaja, mesti seronok bukan.

 

Tapi, betul ke boleh travel secara percuma?

 

Ya, boleh, tapi anda perlu berkorban dulu untuk setahun ke tiga tahun pertama, lepas tu anda bolehla nikmati travel secara percuma setiap tahun.

 

Macam mana caranya?

 

Konsepnya lebih kurang sama dengan bercucuk tanam. Katakan kita nak makan buah mangga, kita ada dua pilihan, sama ada kita terus pergi beli atau kita tanam pokok mangga. Cara kedua iaitu tanam mungkin makan masa sedikit, tapi lepas pokok dah mula berbuah, kita tak perlu lagi membeli mangga di kedai, tinggal petik sahaja.

 

Begitu la juga kalau kita nak travel secara percuma ni, setahun ke tiga tahun pertama ni kita bersabar dulu, tahan dulu nafsu travel, nanti simpanan dah cukup nak travel pun senang hati.

 

Caranya begini, dalam masa 3 tahun, anda sasarkan untuk simpan sekurangnya RM20,000 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kemudian bila dah cukup simpanan RM20,000, anda travel menggunakan duit dividen sahaja setiap tahun.

 

Berapa nak kena simpan setiap bulan supaya cukup RM20,000?

 

Dengan andaian dividen ASB 7% setahun, ini amaun yang anda perlu simpan setiap bulan:

1 tahun = RM1,620

2 tahun = RM778

3 tahun =  RM501

Untuk tempoh simpanan ni anda pilih la ikut kesesuaian dan kemampuan diri masing-masing. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

 

Berapa dividen yang kita dapat dengan simpanan berjumlah RM20,000?

 

Dengan RM20,000 dalam ASB, kita akan dividen lebih kurang RM1,400 setiap tahun. Cukup ke untuk travel? Bagi destinasi sekitar Asia Tenggara inshaAllah cukup sahaja jumlah ini. Setakat nak ke Lombok, Hatyai atau Hanoi cukup sahaja.

 

Tambahan lagi sekarang ni banyak syarikat penerbangan buat promo harga tiket. Tidak sampai RM300 pun dah boleh dapat tiket pergi balik.

 

Jadi apa tunggu lagi, mulalah menyimpan tabung travel anda sekarang supaya anda dapat travel percuma setiap tahun.

 

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *