Tarikh Hari ini:21 October, 2019

Di Sebalik KPOP Ada Nya Chaebol Dalam Ekonomi Korea Selatan.

Satu dunia tahu tentang Korea Selatan ni terkenal dengan KPOP nya. Barisan para gadis comel dan genit yang melakukan pembedahan plastik dan lelaki plastik bermakeup menari dengan ligat di pentas. Tetapi itu kosmetik nya sahaja. Korea Selatan sebenarnya di kuasai oleh segolongan elitis di namai Chaebol. Inilah berkuasanya Chaebol dalam ekonomi Korea Selatan dan juga pemerintahannya.

Sejarah Ekonomi Korea Selatan

Korea Selatan mengalami pembangunan ekonomi yang teramat pantas. Banyak penulisan ilmiah di tulis berkaitan ekonomi Korea Selatan dan sebenarnya pembangunan ekonomi Korea Selatan yang pantas ini di sumbangkan oleh golongan Chaebol ini.

Ekonomi Korea pada awalnya adalah berasaskan pertanian. Pada tahun 1950-1953 terjadinya Perang Korea yang telah teruk meranapkan ekonomi dan sosial Korea Selatan. Perang tersebut telah membunuh dan mencederakan jutaan rakyat Korea. Keluarga berpecah belah dan kebanyakan mereka waktu ini mengalami kebuluran dan kekurangan makanan.

Selepas peperangan, ekonomi mula membaik sedikit demi sedikit. Ketika ini ekonomi Korea Selatan masih dalam keadaan sukar dengan pendapatan perkapita hanyalah $100 sahaja. Ketika ini, Korea Selatan berada dalam keadaan teruk sehingga memerlukan bantuan dari negara luar.

Menjelang tahun 1960, Korea Selatan diterajui oleh Presiden Park Chung Hee. Presiden Park melancarkan Pelan Pembangunan Ekonomi dan Sosial. Pelan ini lah yang melibatkan Chaebol di dalam pembangunan Korea Selatan. Hasil daripada pelan ini, pada tahun 1979 iaitu pada tahun kematian Presiden Park, pendapatan perkapita Korea Selatan adalah sebanyak $1500!!

Presiden Park Chung Hee

Mereka masih lagi dalam kesukaran dari sudut ekonomi. Tetapi kehidupan mereka berkali ganda lebih baik dari sebelumnya.

Perubahan itu pantas berlaku dalam tempoh 2 dekad dalam tahun 1960an dan 1970an. Kemajuan Korea Selatan berterusan hingga kini. Pada awal 1990an kerana orang Korea Selatan mula merasa sedikit kesenangan, sifat mereka mula berubah. Dari pemalu mereka lebih menjadi “kiasu”. Mahu mereka dahulu yang di dahulukan untuk segalanya. Tetapi setelah lewat 1990an sifat mereka berubah dan jika dilihat warga Korea Selatan lebih sofistikated dan berperangai lebih sopan.

 

Siapa Chaebol Sebenarnya Dan Bagaimana Chaebol Menyumbang Membangunkan Korea.

Jadi siapa sebenarnya Chaebol? Chaebol ini adalah keluarga elitis Korea Selatan yang menjalankan perniagaan. Mereka adalah konglomerat korporat yang menguasai segenap lapisan ekonomi Korea Selatan. Chaebol ini pada dasarnya sama seperti konsep Zaibatsu di Jepun yang pernah diharamkan dahulu. Zaibatsu dan Chaebol pada dasarnya mengamalkan dasar yang sama iaitu sebuah syarikat besar yang dimiliki dan di uruskan oleh keluarga.

Pada dasarnya, struktur korporat Chaebol meletakkan ahli keluarga masing-masing untuk menguruskan bahagian dalam syarikat supaya dapat mengekalkan kuasa dan pegangan syarikat. Chaebol mendapat bantuan dari kerajaan dalam bentuk “soft loan”, insentif cukai dan macam-macam lagi. Ketika krisis ekonomi tahun 1998, banyak Chaebol yang di bail out oleh kerajaan.

Dasar awal kerajaan Presiden Park pada tahun 1960 yang membantu Chaebol adalah dengan memfokuskan pada pembangunan ekonomi domestik dan menutup pintu kepada dunia luar. Ini adalah untuk mengurangkan pergantungan pada negara asing. Setelah ekonomi Korea Selatan semakin kukuh, barulah pintu luas terbuka untuk syarikat Chaebol ke luar dan syarikat asing untuk melabur di Korea Selatan.

Dasar ini membantu Chaebol untuk mendapat peluang di negara asing dengan mengeksport barangan mereka. Eksport meningkat dari cuma 4% pada 1961 ke lebih 40% pada tahun 2016. Salah satu pencapaian paling hebat dalam ekonomi dunia. Pendapatan pula dari $100 setahun meningkat kepada $27,000 setahun pada tahun 2016.

Siapakah Chaebol Di Sana?

Mengikut definisi ada 40 buah syarikat yang boleh dikategorikan sebagai Chaebol. Tetapi hanya 5 sahaja yang mempunyai penguasaan ekonomi yang cukup besar. 5 syarikat Chaebol ini sahaja sudah merangkumi 50% ekonomi Korea Selatan.

1. Samsung

Diasaskan pada tahun 1938, Samsung Group adalah merupakan Chaebol terbesar dan yang paling menguntungkan. Ia bermula sebagai syarikat kecil yang mengeksport buah, ikan masin dan mee ke China. Hari ini syarikat gergasi ini yang menggajikan 300,000 pekerja seluruh dunia diuruskan oleh generasi ke dua dan ketiga keluarga Lee.

Perniagaan Samsung adalah dari sektor elektronik, insuran, perkapalan, hotel mewah, hospital, taman tema dan universiti. Syarikat terbesarnya Samsung Electronic menyumbangkan 14% kepada GDP Korea Selatan.

2. Hyundai

Hyundai Group bermula sebagai syarikat pembinaan kecil pada tahun 1974 dan kemudian membesar dengan sungguh cepat dan mempunyai perniagaan dari sektor automatif, pembinaan kapal, kewangan dan elektronik.

Pada tahun 2003, syarikat ini berpecah kepada 5 syarikat setelah krisis kewangan Asia dan kematian pengasasnya Chung Ju Yung. Dalam 5 syarikat tersebut 2 syarikatnya yang terkenal adalah Hyundai Motor Group yang merupakan syarikat pengeluar kereta ke tiga terbesar dunia dan Hyundai Heavy Industries yang merupakan syarikat pembinaan kapal terbesar dunia.

3. SK Group

SK Group yang merupakan syarikat konglomerat bermula pada tahun 1950an bila keluarga Chey membeli Sunkyong Textile. Hari ini syarikat ini memiliki lebih 80 buah anak syarikat dalam industri tenaga, kimia, kewangan, perkapalan, insuran dan pembinaan. SKGroup dikenali dengan syarikat SK Telekom iaitu syarikat pembekal wireless terbesar Korea dan SK Hynix iaitu syarikat kedua terbesar yang menghasilkan cip memori.

4. LG Corporation

LG Corporation ini sebenarnya berasal dari gabungan Lucky dan Goldstar. Ia bermula pada tahun 1947 dalam industri kimia dan plastik. Sejak 1960, dibawah pengurusan keluarga Koo, ia memberikan fokus kepada industri peralatan elektronik, telekomunikasi, tenaga dan juga kimia.

5. Lotte

Lotte Group diasaskan oleh Shin Kyuk Ho di Tokyo pada tahun 1948. Ia bermula sebagai syarikat gula-gula getah yang kemudiannya pulang ke Korea semula dari Tokyo pada tahun 1967. Syarikat ini mempunyai syarikat dalam industri penghasilan makanan, pasaraya, hitel, taman tema, kewangan, pembinaan, tenaga dan elektronik. Kalau tahu coklat Pepero yang orang gila membeli di Langkawi tu sebenarnya adalah produk syarikat ini.

Chaebol Yang Menguasai Segalanya Di Korea Selatan

“With great power comes great responsibility”

Ini yang menjadi masalah di Korea Selatan. Chaebol ini dengan kekayaan yang ada menjadi amat berkuasa.

Memang dasar asal kewujudan Chaebol sendiri berkait dan rapat dengan kerajaan. Oleh kerana rapatnya konglomerat ini dengan kerajaan maka ia menjadi kebiasaan untuk ahli politik meminta bantuan kewangan daripada Chaebol untuk kempen politik mereka.

Sebagai timbal balas, Chaebol pula akan melobi polisi dan dasar kerajaan untuk lebih menyebelahi mereka. Dasar-dasar ini semakin lama menguatkan kekuasan Chaebol sehingga kan perniagaan dan ekonomi Korea Selatan dimonopoli oleh mereka.

Kes korupsi Samsung

Semua ini membuka kepada kes korupsi yang teruk dalam masyarakat Korea Selatan. Kes rasuah antara Chaebol dan ahli politik serta kes lari dari cukai menjadi kebiasaan. Memang ada yang ditangkap dan di sabit bersalah tetapi kebanyakannya tak dipenjarakan lama.

Kebencian rakyat Korea Selatan kepada Chaebol bermula pada tahun 2000an dan kemudiannya menjadi lebih teruk pada tahun 2016-2017. Ketika ini Perdana Menteri Park Gyuen Hey telah di jatuhkan oleh demonstrasi rakyat akibat dari tuduhan korupsi. Pada April 2018 beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun dan denda sebanyak $17 juta kerana mengambil rasuah dari syarikat Chaebol.

Presiden Park Gyuen Hey di jatuhkan hukuman penjara

Walaupun Chaebol menguasai 77% ekonomi Korea Selatan, ia hanya memberikan peluang pekerjaan sebanyak 20% sahaja dari populasi pekerja Korea Selatan. Syarikat SME yang hanya mempunyai 20% sahaja pegangan dalam ekonomi Korea Selatan pula menggajikan 90% pekerja di Korea Selatan.

Yang menyakitkan hati, oleh kerana mereka begitu berkuasa, mereka memonopoli ekonomi dan perniagaan. Mereka yang dulu nya berkembang kerana sentiasa melakukan R&D kini lebih senang dengan meniru produk yang bagus dari syarikat SME. Mereka akan menyekat pembangunan syarikat SME yang berpotensi menjadi saingan dan kadangkala membeli syarikat-syarikat tersebut untuk menyekat persaingan.

Situasi Malaysia

Malaysia tidak mempunyai Chaebol tetapi kita mempunyai syarikat konglomerat besar yang amat rapat dengan ahli politik. Umum tahu yang syarikat ini turut memain peranan dalam menentukan dasar dan hala tuju kerajaan.

Syarikat ini yang kebanyakannya bermula ketika tahun 1970an adalah berdasarkan konsep “trickling economy” yang mana kerajaan akan memberikan projek kepada mereka, dan mereka akan melantik syarikat kecil sebagai subkontraktor. Secara teori nya ia cantik tetapi secara realitinya ia mewujudkan kronisme di kalangan ahli politik dan korporat serta monopoli projek.

Moga dengan kesedaran rakyat, hal ini makin hari akan makin berkurangan.

Share

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *