Tarikh Hari ini:16 November, 2019

Gaji Jurutera Tak Berubah Sejak 20 tahun dulu.

Kecoh sebentar media sosial semalam dan hari ini, apabila berita hadapan Berita Harian membongkarkan satu kenyataan mengenai gaji jurutera di Malaysia statik.

Ikuti kupasan eksklusif ini di Berita Harian Online 

Mengikut seorang jurutera professional, Ir Abdul Rahman, kenyatan tersebut memang benar dan beliau melihat gaji jurutera di Malaysia sememangnya rendah.

Beliau berpendapat, Malaysia masih tahap negara pengguna. Apabila kita merupakan pengguna, kita akan bergantung kepada kepakaran pemberi teknologi dari luar.

Apabila kita bergantung kepada kepakaran dari luar, kemampuan jurutera tempatan tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.

Apabila kemampuan tidak digunakan sepenuhnya, kemahiran yang dimiliki akan lama merundum sedangkan tekmologi pantas membangun.

Apabila kemahiran semakin merundum, nilai kemahiran dan kepakaran akan semakin menurun.

Kita dapat lihat jurutera hanya menggunakan teknologi yang sedia ada, maka industri tak nampak nilai seorang jurutera. Bila nilai turun, maka bayaran pun akan menurun.

Apakah solusi bagi permasalahan gaji jurutera ini?

 

  1. Industri kena berani lakukan perubahan. Labur dalam teknologi baharu. Cabar kemampuan diri.
  2. Hantar jurutera muda ni pergi training. Break the barriers. Mereka masih muda, otak mereka fresh untuk absorb benda2 baharu. Mereka mampu melakukannya jika diberi peluang.
  3. Semangat hendak bangunkan teknologi tempatan kena ada, tak kira lah reverse engineering ke apa.Semangat untuk BERINOVASI itu yang penting.

Menurut Ir Rahman lagi, kita jangan teralu berkiran dan memikirkan perkara negatif dengan berkira sangat mengenai ROI lambat kalau hendak R&D. Kita perlu pedulikan apa orang kata, dan jalan terus.

Jika strategi anda betul, teknologi yang dibangunkan akan menjadi lubuk emas 7 keturunan.

Oleh sebab itu beliau menubuhkan Recove Group Sdn Bhd dengan motto “Driven By Innovation” iaitu kami sentiasa memikirkan inovasi setiap hari. Beliau mahu membangunkan teknologi tempatan, membangunkan kemampuan anak tempatan, dan menyokong ekosistem industri tempatan dengan kepakaran anak tempatan.

Kebergantungan kepada peralatan teknologi dari luar

Dulu beliau selalu travel dari Europe ke India, terbang pulak ke Japan Korea. Kita sebagai jurutera, kita memang faham konsep teknologi yang dibangunkan oleh negara 4 musim ni. What I can say, nothing special!

Tapi disebabkan ia Made in Europe, US, Japan, Korea. Ada pulak cop standard Eropah. Berjuta harganya pun syarikat-syarikat kongelemorat Malaysia sanggup beli.

Bayaran jurutera luar ni? MasyaAllah, boleh buat beli Mercedes S class!

Apa beza produk yang diuji oleh SIRIM menggunakan standard pengujian eropah yang sama?! Beliau sebagai jurutera tempatan rasa tak ada beza pun. Sebab apa? Sebabnya SIRIM adalah badan pensijilan yang diiktiraf oleh badan pengeluar standard Eropah itu sendiri (contoh: IEC).

Itu belum kira barang jutaan ringgit tu major breakdown. Kena panggil pulak pakar dari luar tu datang ke kita. Dah lah makan masa nak tiba di lapangan. Bayaran mereka ni? MasyaAllah, boleh buat beli Mercedes S class!

So, kenapa nak habiskan berjuta ringgit ke luar negara sedangkan kita mampu membangunkan teknologi dan melakukan pengujian kejuruteraan yang sama didalam negara kita Malaysia?

Lama dah beliau pendam benda ni. Sebab memang geram bila tengok kita terlampau bergantung dengan teknologi luar atau jurutera dari luar.

Beliau tengok sendiri ada syarikat Malaysia yang sanggup bayar ber juta setahun kepada jurutera luar. Apa kurangnya jurutera tempatan? Bila kita cakap benda yang sama, seorang pun tak mahu dengar. Bila jurutera kulit putih cakap benda yang sama boleh pula dengar. Apa benda ni?

Jurutera Jangan Statik Untuk Dapatkan Gaji Yang Dinamik

Satu pengalaman dan pandangan yang menarik dikongsikan oleh Mohamad Zaimi Saad,

Dulu beliau mula kerja pun dengan gaji RM1,000.00 dan beberapa bulan kemudian tukar tempat kerja dengan gaji RM1,800.00. Sekarang gaji fresh graduates kat tempat aku pun dah cecah RM2,800.00. Kalau bujang lagilah untung, duduk apartment syarikat. Air dan elektrik percuma. Sewa dah tak perlu. Paling tidak boleh jimat RM1,200.00 sebulan.

Orang teknikal tak boleh ‘statik’ untuk dapatkan gaji lebih tinggi. Statik dalam erti kata ‘pindah syarikat’ dan ‘perakuan kompetensi’. Orang teknikal tak boleh duduk dalam satu firma dalam jangka masa lebih dari 5 tahun kecuali firma tersebut beri lebih baik dari tawaran pasaran semasa.

Purata kenaikkan gaji nasional pada 2018 adalah 8% dengan kadar inflasi 2.9%. Tahun 2018 52% perkerja terima kenaikkan gaji manakala 48% tidak terima sebarang kenaikan gaji. Kalau syarikat berprestasi baik tapi kenaikkan tahunan kamu kurang dari purata kenaikkan nasional itu tanda kamu perlu kemas barang kamu dan bersiap sedia untuk cari tapak.

Orang teknikal tak boleh ‘statik’ pengetahuan. Perlu teroka ilmu baru termasuk ilmu-ilmu luar disiplin kita. Beliau  dari disiplin elektrik tapi mahir dalam hal mekanikal dan chemical sebab nature of duty beliau perlu untuk mahir dalam pelbagai disiplin.

Orang teknikal tak boleh ‘statik’ dengan kertas ijazah sahaja tapi perlu nilai tambah (add on value) dengan competency cert dalam dan luar disiplin. Sekarang ni semua nak ada lesen itu dan lesen ini.

Bukan semua pemain industri peduli sangat dengan ijazah kamu atau gred kamu waktu belajar tapi dengan ‘add-on’ yang kamu ada. Industri perlukan lesen kamu beroperasi, kamu boleh demand ikut pasaran semasa. Pastikan add-on itu memang ‘goreng pisang panas’ di kalangan industri. Industri sanggup bayar untuk lesen kamu untuk operasi kilang.

Apa Pendapat Anda Mengenai Gaji Jurutera ini?

Kalau rasa anda ingin mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan sampingan, boleh baca artikel ini : 5 Bisnes Part Time Yang Lumayan

Hari-hari minum kopi sambil baca post-post kakiproperty.com dan ringgitmalaysia.com. Sudah 10 tahun menjejaki kaki di dalam industri hartanah. Perunding hartanah sepenuh masa dan bekerja sambilan sebagai office boy di KPGroup. Minat dalam kewangan terutamanya dalam #‎parenting‬ ‪#‎kidsfinancial‬ #personalfinance #pelaburanhartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *