Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Ilusi Sebuah Pilihan

Illusion of choice atau bahasa melayu nya ilusi sebuah pilihan. Ini sebenarnya apa saya dan beberapa kawan tadi borak kan selepas meetup. Borak secara kosong tetapi saya terfikir banyak perkara berkaitan topik ini dan berniat nak menulis sesuatu yang berkait rapat tentang kewangan.

Dalam kita membicarakan tentang illusion of choice, tak boleh tidak kita kena membicarakan tentang “free will” atau kebebasan diri. Menurut Miriam Webster “free will” bermaksud kebolehan untuk memilih tindakan. Seorang manusia ini boleh memilih dan itu lah di namakan kebebasan.

Tapi persoalannya, kita disajikan pilihan dan dari pilihan tersebut kita memilih dan membuat tindakan tetapi adakah pilihan kita itu betul-betul atas kebebasan diri atau kita cuma disajikan satu ilusi yang kita sedang membuat pilihan.

Aduh. Pening nak faham bukan?

Ok. Saya mudah kan. Contohnya begini. Kita disajikan dua produk barangan. Produk A dan Produk B. Kita memilih Produk A kerana kita percaya produk ini adalah produk yang baik dan “environmental friendly”. Kita pula memang benci habis produk B kerana ia nya tak ikut prinsip kita percaya. Tapi tanpa kita tahu di belakang ke dua produk A dan B ini sebenarnya di miliki oleh syarikat yang sama, iaitu syarikat C!!

Jadi kita disajikan dengan pilihan untuk kita memilih tetapi di sebalik tabir, pemain nya adalah orang yang sama.

Ilusi Pilihan Dalam Pembelian.

Sebelum ini kita membicarakan tentang Chaebol yang mana Chaebol ini menguasai pelbagai perniagaan di Korea Selatan. Kunci kata nya adalah menguasai. Bila sesuatu perniagaan menjadi besar, adalah secara semulajadi yang ia akan mempunyai banyak perniagaan lain atau jenama-jenama berbeza dalam satu industri yang sama.

Ini kerana walaupun dalam satu industri yang sama, “market segment” adalah berbeza. Sebagai contoh dalam menjual nasi lemak pun ada perbezaan market segment. Nasi lemak ada di jual di tepi jalan dengan harga RM2.50 sebungkus dan ada pula di jual di kedai makan mahal di atas pinggan yang berat dengan harga RM 15.00 sepinggan.

Ini kerana walaupun barang yang di jual adalah sama, tetapi sifat semulajadi manusia itu akan membuat pilihan berbeza berdasarkan kehendak dan keadaan atau faktor semasa masing-masing.

Illusion Of Choice Dalam Industri Kereta

Ini adalah contoh jelas dan mudah di fahami. Saya sertakan gambarajah dari visualcapitalist yang menerangkan tentang hal ini dengan lebih dalam.

Cuba tengok gambarajah di atas. Ada 54 jenis jenama kereta terkenal serata dunia. Tetapi itu bukan bermakna ada 54 buah syarikat pemilik jenama tersebut yang berbeza. 14 buah syarikat sahaja yang memiliki jenama-jenama kereta di atas.

Sebagai contoh, katalah anda mempunyai kemampuan kewangan yang besar dan nak beli kereta idaman. Anda sangat suka kan Lamborghini Aventador dan kawan anda pula suka kan Bugatti Veyron. Anda punya lah cukup menyampah pada pilihan kawan anda tadi sebab anda fikir Lamborghini lebih bagus.

Sedangkan kedua-dua Bugatti dan Lamborghini dimiliki oleh syarikat Volkswagen, yang kereta berjenama Volkswagen sendiri bukan lah kereta kelas mewah!

Dalam satu industri kereta yang sama, dan dalam market segment yang sama, ada 2 pilihan (atau lebih) tapi sebenarnya dimiliki oleh satu syarikat sahaja! Inilah yang dimaksudkan illusion of choice. Kononnya kita ada pilihan tetapi sebenarnya adalah sama.

Illusion Of Choice Dalam Produk Makanan

Ini juga satu perkara yang sama juga terjadi. Kita fikir kita membuat pilihan makanan tetapi sebenarnya pembuat makanan adalah syarikat yang sama juga.

Sebagai contoh, kalau tengok gambarajah di atas, syarikat PepsiCo mengeluarkan banyak bentuk produk. Yang kita tahu adalah Pepsi. Minuman kerbarbonat yang di minati ramai. Tapi Pepsico sebagai sebuah syarikat juga menghasilkan air berkarbonat 7-Up dan juga Mountain Dew.

Kita ingatkan yang jenama-jenama ini bersaing sesama mereka tetapi rupa-rupanya adalah jenama yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang sama. Inilah dia illusion of choice.

Ini pula yang baru terjadi pada kita sendiri rakyat Malaysia. Baru-baru ini menjadi viral bebola ikan (fish ball) yang dijual ada 2 jenama berbeza dengan packaging yang berlainan tetapi dibuat oleh syarikat yang sama.

Jenama fish ball Kak Su dan juga jenama fish ball Hong Seng. Kita fikirkan kita membeli jenama Kak Su kerana atas nama nya sahaja kita fikir yang ini adalah buatan orang Islam.

Tanpa kita ketahui sebenarnya kedua-dua jenama tersebut di buat di kilang yang sama, di alamat yang sama oleh syarikat pembuat yang sama. Ini lah illusion of choice dalam konteks kita yang kita alami sendiri.

Jadi betulkah kita ada kebebasan memilih makanan halal sedangkan sebenarnya kita disajikan brand yang berbeza pada kulitnya sahaja sedangkan sebenarnya adalah produk yang sama.

 

Jadi Adakah Kita Ada Pilihan?

Terpulang pada kita bagaimana perspektif kita pada isu ini. Dalam satu-satu hal, kita masih lagi ada kebebasan pilihan. Contoh memilih antara Coca Cola dan Pepsi. Itu dari sudut brand sahaja. Atau kita memilih produk industri desa berbanding memilih korporat besar. Atau pun kita memilih produk Bumiputra Muslim berbanding yang bukan.

Sudah namanya ilusi pilihan, untuk mengubati ilusi adalah dengan pengetahuan supaya mata kita terbuka dan  tidak tertipu dengan ilusi. Dari satu sudut juga, bukankah pemilihan dalam Pilihanraya Umum juga boleh di lihat sebagai satu ilusi. Kerana di akhirnya, kita disajikan orang yang sama sifatnya. Dan ahli-ahli politik ini boleh pula bertepuk tampar di belakang mereka sedangkan yang di bawah punya gila berperang berpegang teguh dengan pendirian politik masing-masing. Hahah.

Begitulah ilusi menipu kita.

Share

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *