Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Cara Nak Jimat Dengan Aplikasi E-Wallet

Mempunyai e-Wallet memudahkan pengguna kerana tidak perlu bawa wang tunai atau kad debit atau kredit untuk membuat pembayaran. Hanya perlu bawa telefon pintar semua urusan jual beli boleh dilakukan. Selain dari mudah, penggunaan e-Wallet memberikan pengguna penjimatan dengan memberikan diskaun, mata ganjaran dan pulangan tunai (cashback).

Di bawah ni antara e-Wallet yang tanpa anda sedar memang berbaloi untuk guna.

1. Boost

  • Menggunakan fungsi “Scan and Pay” atau “Scan Me” untuk membuat pembayaran.
  • Setiap pembayaran yang dibuat memberikan anda “Shake Reward”, amaun yang diterima tidak tetap tapi masih bernilai.
  • Boost juga ada fungsi untuk membayar bil, setiap kali membayar bil akan terima “Shake Reward”. Bil yang boleh dibayar melalui Boost seperti:

  • Boleh membeli tambah nilai melalui Boost dan membeli baucar dengan kadar diskaun.

Ni promosi Boost bersama TGV, dengan Boost boleh beli Regular Popcorn Combo dengan RM5 sahaja. *Promosi tamat 31 Januari 2019

  • Untuk dapat lebih banyak manfaat tambah duit dalam akaun Boost menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.
  • Antara tempat yang boleh menggunakan Boost:
    • TeaLive (jangan lupa guna sekali Tealive Unitea Card atau mana-mana kad BInfinite untuk dapatkan BPoint)
    • Delivereat (jangan lupa Shopback untuk dapatkan cashback)
    • EzCab
    • Kenny Rogers ROASTERS
    • KLIA Ekspres
    • Pezzo Pizza
    • KK Mart
    • Dan banyak lagi!

 

2. GrabPay

  • Fungsi utama penggunaan GrabPay lebih kepada pembayaran GrabCar.
  • Dengan menggunakan GrabPay anda akan terima mata ganjaran untuk program GrabRewards.
  • Mata ganjaran yang diterima juga berbeza mengikut jenis keahlian (Member, Silver, Gold, Platinum).
  • Kod promo diskaun banyak meletakkan syarat penggunaan pembayaran melalui GrabPay.
  • Penggunaan GrabPay kini dah meluas dan juga boleh membayar pesanan GrabFood.
  • Untuk dapat lebih banyak manfaat tambah duit dalam akaun GrabPay menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.
  • Antara tempat yang boleh menggunakan GrabPay rujuk sini.

 

3. FavePay

  • Fave dahulu dikenali sebagai Groupon (penjualan baucar murah).
  • Menggunakan fungsi “Scan” untuk membuat pembayaran.
  • Pembayaran menggunakan FavePay akan terima pulangan tunai. Tapi pulangan tunai yang diterima ada tempoh luput dan boleh digunakan di kedai yang sama sahaja (boleh lain cawangan).
  • Perlu set cara nak membayar untuk FavePay. Sebagai contoh jika set kad kredit, amaun yang dibayar menggunakan FavePay akan dicaj kan dalam kad kredit anda.
  • Info tambahan:
    • Boleh link dengan BIG Loyalty untuk terima BIG points.
    • Boleh pilih cara pembayaran Boost.

4. Touch ‘n Go eWallet

  • Boleh digunakan dlebih 20,000 kedai (ni apa yang tertulis di aplikasi).
  • Selain penggunaan untuk biasa seperti e-Wallet lain, Touch ‘n Go eWallet juga membolehkan anda untuk membeli tambah nilai, bayar bil pascabayar dan Astro, pembelian tiket penerbangan (Airpaz) dan RFID.
  • Jika link kad Touch ‘n Go hanya boleh semak baki kad.

5. Lazada Wallet

  • Bagi yang suka shopping online di Lazada, jangan lupa untuk pilih cara pembayaran menggunakan Lazada Wallet. Anda boleh dapat pulangan tunai dari apa yang dibayar.
  • Lebih manfaat jika Lazada dibuka melalui Shopback untuk dapat pulangan tunai lagi.
  • Tambah duit dalam Lazada Wallet menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.

6. BigPay (bukan e-Wallet)

  • Bukan e-Wallet sebab penggunaan BigPay lebih kepada kad fizikal (Mastercard) yang diterima. Aplikasi BigPay hanya digunakan bila anda hendak tambah duit dalam akaun atau menyemak mata ganjaran BIG Points.
  • Kelebihan BigPay ni:
    • RM0 untuk caj pemprosesan pembelian tiket penerbangan AirAsia.
    • Diskaun untuk pre-booked check-in luggage and in-flight meals.
    • Mata ganjaran BIG Points.
    • Tukaran mata wang asing lebih murah.
  • BigPay akan beri RM10 percuma untuk anda jika anda perkenalkan orang untuk mendaftar BigPay (anda dapat RM10 dan orang yang daftar tu juga dapat RM10). Sebab itu ramai yang tweet atau post berkenaan BigPay dan selitkan kod peribadi dalam perkongsian mereka.
  • BigPay boleh digunakan untuk tambah duit dalam e-Wallet di atas.
  • Gunakan kad kredit untuk tambah duit dalam BigPay (anda akan menerima BIG Point) dan tambah duit dalam e-Wallet lain menggunakan BigPay (anda akan menerima BIG Point).

TIPS: Untuk membayar bil Celcom RM100, bayar gunakan Boost. Tambah duit dalam BigPay menggunakan kad kredit yang memberikan mata ganjaran. Dan tambah duit dalam Boost dengan menggunakan BigPay. Dan bayar bil melalui Boost untuk dapat Shake Reward.

  1. Mata ganjaran kad kredit untuk tambah duit dalam BigPay
  2. 2 BIG Points bila anda tambah duit (RM50 = 1 BIG Point)
  3. 5 BIG Points bila anda menggunakan BigPay untuk tambah duit dalam Boost (RM20 = 1 BIG Point)
  4. Shake Reward

e-Wallet lain

7. vcash

8. MCash

9. Payfy

10. MaybankPay

11. Setel (Petronas)

12. WeChatPay

Dan banyak lagi

Penggunaan e-Wallet ni memudahkan tapi akan jadi susah bila sistem tidak boleh digunakan (offline) atau pekerja kedai tidak pandai nak guna. Boleh jadi bila nak guna, baru nak belajar cara nak guna.

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *