Tarikh Hari ini:15 December, 2019

Lagenda Emas ETA Tok Belagak. Mana Dia Sekarang?

Sekitar tahun 2010-2012 terkenal kisah kehebatan Tok Belagak. Dia lebih dikenali dengan perniagaan pelaburan emas nya dan skim-skim emas yang beliau kelolakan di bawah syarikatnya Darul Emas Perak Berhad. Waktu ini merata-rata orang bercerita tentang skim emas ETA Tok Belagak. Tambah lagi bila Tok Belagak di temu ramah oleh Astro Awani dan beliau di angkat sebagai “pakar teknik manipulasi emas”. Dalam temu ramah tersebut, Tok Belagak kemudiannya claim bahawa dia mempunyai 3 tan emas dan 0.5 tan emas di kedai emas nya sebagai stok penampan!

 

Latar Belakang Tok Belagak

Tok Belagak ni bermula sebagai perawat saka dan sakit mistik yang lain. Mulanya dia  merawat di bawah Darul Saka yang di tubuhkan nya. Pesakit datang berjumpa Tok Belagak untuk rawatan santau, saka dan sihir dan di katakan rawatannya sangat berkesan menghalau gangguan jin dan syaitan.

Tak lama kemudian, Darul Saka kemudiannya diharamkan oleh Jabatan Agama Islam dan Tok Belagak diarahkan untuk menghentikan rawatan. Dalam tempoh itu, Tok Belagak dah mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Dia menubuhkan Darul Emas Perak Berhad dan DEPB mula menarik perhatian bila pelabur mendapat keuntungan yang besar!

Cara “Pelaburan” Tok Belagak

Tok Belagak ini terkenal dengan skim emas ETA atau panggilan lain, skim emas delay. Oleh kerana skim ini mendapat sambutan hangat, maka ramailah yang ingin menjadi ejen atau panggilan popular nya zaman itu, wakalah kepada program emas Tok Belagak ni. Apa yang di lakukan adalah, DEPB akan menawarkan pelabur untuk membeli emas mengikut harga semasa. Wakalah tadi akan berjumpa dan meyakinkan pelabur dengan membawa emas yang ingin di jual. Dan kemudian, DEPB berjanji akan membeli semula emas tersebut pada harga lebih tinggi pada waktu yang di persetujui.

Pelabur dan wakalah pula akan menandatangani borang perjanjian pelaburan sebagai akad pembelian. Tetapi emas yang ditunjukkan depan mata tak boleh disimpan oleh pelabur tetapi dipegang oleh DEPB.

Contoh nya macam ini :

  1. Aiman (Wakalah DEPB) berjumpa Zaki dan menawarkan untuk Zaki beli emas 100 gram pada harga sekarang.
  2. Aiman berjanji pada Zaki yang dalam tempoh 3-6 bulan, Zaki akan di bayar dalam bentuk emas 200g atau dalam bentuk duit yang jumlah sama.
  3. Zaki setuju dan tanda tangan surat perjanjian.
  4. Tapi emas fizikal yang ditunjukkan Aiman kepada Zaki kononnya itu adalah emas milik Zaki tak diberikan kepada Zaki. Zaki hanya memegang surat perjanjian sahaja.

When Shit Hit The Fan

Ini lah yang terjadi selepas beberapa ketika. Awal-awal semua nampak OK. Tetapi pada bulan Oktober 2014 mula satu kenyataan menggemparkan dari Tok Belagak mengatakan mereka membatalkan program salah satu skim mereka kerana kononnnya tak menepati syarak.

Alasan panjang lebar disertakan dan Tok Belagak turut menyatakan kaedah supaya ia nya menepati syarak. Memang cara scammers Melayu ni mempermainkan sentimen agama seperti apa dilakukan oleh seorang Ustaz dalam penjualan hartanah yang turut terjadi baru-baru ini.

Dengan meletakkan hadis, dalil dan jargon-jargon Islamik, awalnya pelabur rasa percaya lah dengan apa yang dikatakan oleh Tok Belagak ni. Dan DEPB juga berjanji untuk memulangkan modal berserta sagu hati menjelang hujung tahun 2014 melalui wakalah-wakalah yang dilantik.

Tapi bulan berganti bulan, langsung dah tak nampak duit nya ke mana. Pelabur mula sedar yang mereka sebenarnya dah di tipu oleh Tok Belagak. Ramai yang terdesak dan merayu memohon supaya duit mereka dipulangkan.

Ada seorang kenalan yang juga wakalah sambilan berjumpa saya tentang bagaimana nak selesaikan masalahnya. Dia dah membeli rumah dengan bayaran cash secara split payment dan akibat dari tersontotnya pelaburan Tok Belagak  ini, para pelabur dah mencari nya dan dia mahu menjual rumah yang dia miliki. Tapi malangnya rumah dalam proses pembinaan tak boleh dijual semula kepada orang lain, jadi bayaran yang dia buat kepada pemaju pun lebur, dan dia masih dikejar pelabur yang menuntut balik hutang akibat dari pelaburan DEPB.

Seorang kenalan di Pejabat juga saya kenali jadi tak berapa betul akibat dari duit yang dia laburkan yang sepatutnya digunakan untuk majlis kahwin, lebur akibat daripada pelaburan ini.

Ada pelabur yang sehingga cuba untuk buat protes di pejabat Tok Belagak dan ada yang mencadangkan untuk dibuat laporan polis. Tapi ada pula yang mempertahankan kerana mereka takut kalau kalau laporan polis dibuat, maka harta tok belagak akan di sita dan mereka tak akan dapat apa-apa pun.

Sama tak dengan alasan seorang Ustaz penjual rumah scam tu? Kisah yang sama, alasan yang sama, cara yang sama cuma produk berbeza.

Tok Belagak Kena Tangkap

Akhirnya pada tahun 2016, Tok Belagak dikatakan telah ditangkap oleh polis akibat laporan dari seorang pelaburnya. Tapi sebelum itu, berita penipuan nya dikatakan di siarkan di Bernama dan membuatkan  pelabur mula membuat laporan dan kemudiannya Polis menahan Tok Belagak.

Mana Tok Belagak Sekarang?

Ada yang kata dalam tahun 2017 tak silap Tok Blagak dikatakan membuka restoran di Shah Alam tetapi ada sumber mengatakan itu bukan restorannya.

Kedudukan Tok Belagak sekarang tak diketahui orang awam tetapi mungkin ada di kalangan anda yang kenal dan tahu dia di mana.

Ini Peringatan Tapi Kita Tak Pernah Serik

Selepas Tok Blagak, macam-macam lagi scam yang wujud. Yang terbaru adalah scam pembelian rumah. Sistem yang sama juga di pakai iaitu beli sekarang barang dapat masa hadapan. Itu pun kalau dapat. Dan biasanya memang tak dapat lah. Dan itu pun yang terjadi.

Pelaburan ini kena berhati-hati dan banyak iblis dalam bentuk manusia ni yang cuba menelan kita bila hidungnya cepat menghidu wang.

Saya berpegang pada satu prinsip :

“If it is too good to be true, it is most probably not true!”

Kalau lah kita dengar macam best, senang untung, duduk goyang kaki duit masuk, percaya lah, itu semua membongak jo!

Tajul Rijal adalah seorang usahawan dan merupakan peminat tegar dunia pelaburan. Beliau adalah co-founder kakiproperty.com dan juga ringgitmalaysia.com. Boleh hubungi beliau jika ada persoalan terutamanya dalam topik hartanah, bisnes dan kewangan. Senang dihubungi melalui whatsapp di 0182407720

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *