Mastercard telah menjadi syarikat pembayaran terbaru yang menyokong transaksi mata wang kripto. Persiapan untuk sokongan itu bermula tahun ini, setelah melihat prestasi transaksi kripto melonjak.

Mastercard sedang memilih mata wang yang sesuai dengan ciri-ciri keselamatan, boleh dipercayai dan boleh patuh. Ini bermakna, tidak semua mata wang kripto terpilih pada saringan awal. Pada masa yang sama, langkah ini juga akan membenarkan para penjual menerima kripto sebagai bentuk pembayaran.

Faktor utama yang akan dinilai adalah perlindungan kepada pelanggan. Hal ini termasuklah hak privasi dan kawalan ketat terhadap data konsumer, di masa pada dasarnya, orang ramai boleh menjangkakan nilai keselamatan yang sama seperti yang diaplikasi kepada kredit kad.

Tambahan pula, Mastercard akan memperkenalkan langkah-langkah kepatuhan yang ketat melalui modul “Kenali Pelanggan Anda” di mana pelanggan perlu menjalani proses verifikasi yang sama diguna pakai dalam industri perbankan. Mata wang kripto perlu mematuhi undang-undang dan peraturan setempat mengikut lokaliti operasi.

Terakhir, VP Mastercard, Raj Dhamodharan berkata, aset digital tersebut harus diterima dalam bentuk pembayaran, bukan sebagai peluang pelaburan. Katanya lagi, perubahan besar ini bakal mengadakan pelbagai peluang pekerjaan. Jadi, kami perlu sangat berhati-hati tentang aset mana yang kami sokong.

Keputusan Mastercard ini sebenarnya mengikuti jejak langkah firma Paypal, di mana mula membenarkan pengguna US untuk membeli, menjual, dan menyimpan mata wang kripto pada bulan November 2020. Diikuti dengan Tesla yang baru-baru ini membuat pelaburan sebanyak $1.5 billion dalam Bitcoin dan berkata, ia akan mula menerima Bitcoin sebagai pembayaran.

Mastercard setakat ini, belum membenarkan mata wang krpto bergerak dalam jaringannya. Sebaliknya, bergantung kepada rakan kongsi seperti Wirex dan Bitpay bagi mengubah aset digital kepada mata wang tradisional yang boleh dibelanjakan.

Mastercard kini sedang memegang 89 paten blockchain secara global, dengan 285 aplikasi tambahan menunggu keputusan.

Sumber: Mastercard.