Tarikh Hari ini:21 October, 2019

Maybank MAE, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pada hari ini, Maybank Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Dompet Digital atau E-Wallet yang dikenali sebagai Maybank Anytime, Everyone (MAE). Menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Farid Alias, Maybank menyasarkan 100,000 pengguna MAE menjelang akhir tahun 2019.

Uniknya MAE ini, anda tidak semestinya perlu ada akaun Maybank untuk mendaftar MAE. Oleh itu, bukan pelanggan Maybank yang mendaftar MAE akan diberikan kad debit maya (virtual card debit) untuk melakukan transaksi atas talian (maklumat penting: 16 digit kad, CCV, tarikh luput kad dan kod MSOS). Juga boleh digunakan di terminal pembayaran dan telefon pintar yang menyokong SamsungPay dan MaybankPay.

Daftar MAE (Pengguna Maybank)

  1. Kemaskini terlebih dahulu aplikasi Maybank My (aplikasi ini bokeh dimuat turun dari GooglePlay atau AppleStore).
  2. Klik “Say hello to MAE” dan masukkan alamat email, negeri, kod jemputan (pilihan) serta buat pindahan RM10 untuk aktifkan MAE (RM10 ni ada dalam akaun MAE).

Ciri-Ciri MAE

Seperti E-Wallet yang telah ada dipasaran, MAE juga ada fungsi seperti:

  1. Split bill di mana anda boleh membahagi bayaran sesama rakan anda (berkongsi membayar bil)
  2. Meminta dan menghantar wang sesama pengguna MAE.
  3. Membeli tambah nilai dan membayar bil
  4. Membeli tiket wayang dan tiket penerbangan
  5. Membayar melalui QRPay

Money MAE-Hem

Untuk menarik lebih ramai mendaftar dan menggunakan MAE, Maybank telah menganjurkan permainan mengutip syiling dan amaun yang dikumpul akan terus dikredit ke dalam akaun MAE.

Dapat lebih peluang dengan berkongsi kod jemputan anda. Lebih ramai pengguna mendaftar MAE menggunakan kod anda, anda berpeluang untuk bermain kutip syiling (duit percuma).Maybank Anytime Everywhere (MAE)

Ini contoh hasil bermain permainan Money MAE-Hem:

Maybank Anytime Everywhere (MAE)

Maklumat lanjut berkenaan MAE boleh dibaca di sini.

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *