Tarikh Hari ini:21 October, 2019

PNB Memperkenalkan myASNB App Mempermudahkan Pelaburan

Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, PNB telah memperkenalkan dan melancarkan aplikasi myASNB bagi memudahkan pemegang unit.

RM187.1 bilion pulangan dividen terkumpul yang telah dibayar oleh PNB sejak penubuhan 40 tahun lalu. – Tun Dr Mahathir Mohamad

 

myASNB (website version) dengan aplikasi boleh dikatakan tiada beza sangat. Cuma yang bezanya, aplikasi ini mudah diakses melalui telefon pintar. Pelaburan tambahan, menyemak urus niaga terkini dan muat turun penyata akaun (Tahunan atau Terperinci) antara fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi myASNB.

Sempena pelancaran ini, ASNB ada memberikan RM10 percuma dalam berbentuk unit amanah. Jika anda salah seorang 5,000 yang pertama yang bertuah anda dah untung 10% (RM10/RM100x100%).

Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Peserta mestilah seorang pemegang unit mana-mana tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB
  2. Peserta mesti memuat turun aplikasi mudah alih myASNB dan berjaya membuat pelaburan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100) setiap transaksi ke dalam akaun sendiri dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB (“Pelaburan”)
  3. Pelaburan mesti dibuat melalui aplikasi mudah alih myASNB, yang boleh dimuat turun daripada Google Play
    Store dan Apple App Store
  4. Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen.

 

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *