Tarikh Hari ini:26 August, 2019

Cara Mudah Semak Baki Akaun KWSP.

Jika sebelum ni nak buat semakan baki akaun KWSP perlu ke kaunter atau kios KWSP. Kini semua ni boleh dilakukan melalui i-Akaun yang tersedia di laman sesawang KWSP dan terbaru juga boleh melalui aplikasi i-Akaun (boleh muat turun di Google Play atau Apple Store). Melalui i-Akaun juga boleh buat semakan berapa dividen tahunan KWSP yang diterima.

Terlebih dahulu ahli KWSP perlu mendaftar i-Akaun di kaunter atau kios KWSP untuk menggunakan kemudahan i-Akaun. Rujuk panduan ni untuk mendaftar i-Akaun.

Kenapa Perlu Anda Daftar i-Akaun?

Mendaftar i-Akaun kerana memudahkan ahli KWSP untuk buat:

  1. semakan caruman bulanan
  2. cetakan penyata terkini
  3. permohonan Pengeluaran (e-Pengeluaran), status/sejarah/kelayakan Pengeluaran dan anggaran pengeluaran juga boleh dibuat melalui Kalkulator yang disediakan

Cara mudah pertama (melalui aplikasi i-Akaun):

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun

2. Log masuk i-Akaun

3. Setelah log masuk boleh lihat baki terkini dalam KWSP secara terperinci untuk Akaun 1 (Oren) dan Akaun 2 (Biru)

4. Boleh buat semakan caruman terkini bulanan secara terperinci (View transacation history). Pastikan caruman pekerja sama apa yang ditolak dari penyata gaji dan caruman majikan sama seperti yang dijanjikan dalam surat tawaran bekerja. Juga boleh muat turun penyata terkini dengan klik simbol muat turun (kanan atas). Jika tekah bertukar akaun Simpanan Shariah akan nampak “Simpanan Shariah total balance“.

5. Boleh juga semakan Kelayakan Pengeluaran (Withdrawal Eligibility)

Cara mudah kedua (melalui laman sesawang i-Akaun):

1. Log masuk i-Akaun

2. Sama juga seperti aplikasi i-Akaun untuk buat semakan klik akaun peribadi dan pilih tahun penyata. Ahli dapat lihat caruman bulanan yang dibuat. Boleh menyimpan dan mencetak penyata.

3. Untuk semakan Kelayakan Pengeluaran (Withdrawal Eligibility)

Dengan adanya i-Akaun akan memudahkan ahli untuk buat semakan caruman bulanan dan dividen tahunan KWSP yang diterima. Dengan i-Akaun juga ahli boleh tahu kelayakan pengeluaran mereka dan memohon pengeluaran melalui e-Pengeluaran untuk pengeluaran Kesihatan, Beli/Bina Rumah, Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan, Pendidikan dan Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Serta ahli boleh tahu status pengeluaran mereka.

Mudah kan.

Share

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *