Tarikh Hari ini:21 October, 2019

Proses Pembayaran Cukai Pendapatan

Musim membayar cukai tiba lagi. Jika anda belum pernah membayar sebarang cukai pendapatan sebelum ini, kami akan cuba untuk membantu anda melalui artikel ini.

 

Pertama sekali, anda perlu semak terlebih dahulu adakah gaji anda sudah cukup syarat untuk dikenakan cukai. Anda perlu membayar cukai sekiranya pendapatan tahunan melebihi RM34,000 selepas penolakan KWSP. Jika pendapatan anda tidak melebihi RM34,000, maka anda tidak perlu mendaftar e-filing.

 

Seterusnya, anda perlu mendaftar di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat atau boleh daftar di laman sesawang mereka di hasil.gov.my. Bagi pendaftar kali pertama, anda perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu di cawangan LHDN.

 

Berikut dokumen yang diperlukan bagi proses pendaftaran:

  1. Penyata gaji
  2. Borang EA/EC (boleh dapatkan di hasil.gov.my)
  3. Kad pengenalan
  4. Sijil Kahwin

Antara perkara yang sering menjadi kekeliruan adalah borang mana yang perlu digunakan? Boleh rujuk senarai di bawah:

  1. Borang BE/BE: Individu makan gaji
  2. Borang B/B: Individu yang memiliki perniagaan

 

Adakah LHDN memberikan sebarang pelepasan atau rebat cukai?

Ya, LHDN membenarkan beberapa pelepasan cukai seperti mana yang telah dinyatakan dalam laman sesawang mereka. Boleh juga rujuk gambar di bawah.

 

 

Jadi semasa mengisi borang, anda boleh semak mana-mana pelepasan yang anda layak. Jika selepas ditolak semua pelepasan ini anda akan dapat suatu angka yang dikenali sebagai gaji yang layak dicukai (taxable income). Jika taxable income anda tidak melebihi RM5,000, maka anda tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan.

 

Kita lihat dua contoh dibawah:

 

  1. Ali memperoleh gaji selepas tolakan KWSP berjumlah RM34,000

Berikut merupakan pelepasan cukai Ali:

  1. Pelepasan individu= RM9,000
  2. Mempunyai 3 orang anak di universiti: Pelepasan cukai = RM8,000 x 3 = RM24,000

Jumlah pelepasan: RM9,000 + RM24,000 = RM33,000

Taxable income: RM34,000 – RM33,000 = RM1,000

Memandangkan taxable income Ali di bawah RM5,000, maka Ali tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan.

 

2. Sarah memperoleh gaji selepas tolakan KWSP berjumlah RM34,000

Berikut merupakan pelepasan cukai Sarah:

  1. Pelepasan individu= RM9,000
  2. Insuran Perubatan= RM3,000

Jumlah pelepasan: RM9,000 + RM3,000 = RM12,000

Taxable income: RM34,000 – RM12,000 = RM22,000

Memandangkan taxable income Sarah atas RM5,000, maka Sarah perlu membayar cukai pendapatan mengikut jadual tangga gaji yang ditetapkan oleh LHDN.

 

Selamat membayar cukai!

 

 

 

 

 

 

 

Share

Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan dan berpengelaman bekerja di sebuah bank tempatan. Sering berkongsi ilmu kewangan di media sosialnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *