Dengan hanya membuat kotak dan meninjau barang mainan dan game di Youtube, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kini telah bergelar sebagai Raja Youtube dengan bayaran tertinggi sebanyak USD $30 juta setahun.

Ryan Kaji, dari Texas, menjana pendapatan dari saluran Youtube nya iaitu Ryan’s World. Pendapatannya itu mengaut keuntungan daripada barang permainan dan pekaian berjenama Ryan’s World, termasuklah pyjamas Mark & Spender. Ryan juga ada menandatangani kontrak rahsia, yang berkemunkginan bernilai jutaan dolar bagi rancangan dirinya sendiri di saluran televisyen Nickelodeon.

Latar belakang Ryan.

Ryan Kaji mulai menjadi influencer kanak-kanak, bermula pada tahun Mac 2015 setelah dia melihat ulasan mainan kanak-kanak lain, dia akan bertanya kepada ibunya, “Kenapa saya tidak ada permainan yang kanak-kanak itu bermain di YouTube, ibu?”

Kaji, asal nama keluarganya adalah Guan, menjalan 9 saluran Youtube. Ryan’s World adalah yang paling terkenal dengan 28.5 juta pelanggan. Huge Eggs Surprise Toys Challenge merupakan video Kaji yang paling popular dengan catatan tontonan lebih dari 2 juta kali, menjadikannya ia salah satu Top 60 video yang paling banyak ditonton di Youtube.

 

Cabaran yang dihadapi

Namun, Kaji dan keluarganya kini menghadapi pertuduhan dari pihak perdagangan AS di atas tuduhan bahawa sponsor video tidak dinyatakan dengan telus. Pegawai konsumer, Truth in Advertising berkata, “Hampir 9% dari video Ryan ToysReview telah memasukkan sekurang-kurangnya satu paid review yang disasarkan kepada golongan kanak-kanak tadika di mana kelompok yan gterlalu muda untuk membezakan antara iklan dengan ulasan”. “Iklan ini sering kali menggambarkan makanan yang tidak sihat.”

Benjamin Burroughs, pembantu professor kewartanan dan media di University of Nevada, Las Vegas, memberi amaran, bahawa trend ini boleh membahayakan anak-anak kecil, yang caranya tidak dilakukan oleh orang dewasa, secara sedar atau tidak sedar.”

“Sebagai influencer kanak-kanak yang terkenal, Ryan didesak oleh ramai penaja untuk bermain dengan mainan terbaru agar anak-anak lain dapat melihatnya. Tapi sekarang, influencer itu sendiri telah menjadi jenama yang kemudian dimasukkan ke Walmart, Target, dan Amazon atas kerana kekuatan dan pengaruhnya sendiri, ” kata Burroughs. Ini sangat mengejutkan.

Burroughs sendiri tertarik dengan fenomena influencer itu setelah anak-anaknya sendiri memintanya melakukan hal-hal yang dilakukan keluarga Ryan.

Saya berfikir, “Ada sesuatu telah berlaku. Anak-anak saya mengharapkan keluarga kami terlihat seperti keluarga Ryan. Dalam keluarga Ryan, mereka dapat membuka permainan baru setiap hari, dan kemudian bermain dengan permainan baru itu setiap hari. Jadi, ada konsumerisme yang berterusan tertanam dan bermain dalam minda anak-anak saya”