Tarikh Hari ini:16 November, 2019

Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Cepat

Bayar PTPTN dan buat pembiayaan ASB (amaun yang minima). Kalau buat kiraan boleh langsaikan hutang PTPTN dengan cepat. Guna manfaat dividen dan pulangan prinsipal untuk membayar baki pembiayaan PTPTN. Tapi amaun pembiayaan ASB hendaklah mengikut kemampuan membayar juga!

Contoh:
Baki bulan ke-61 PTPTN: RM18,666.40

Kalkulator Ujrah

Dividen ASB (5 tahun): RM20,127.59 (A) 

 

Pulangan Prinsipal: RM4,053.12 (B)

(A) + (B): RM24,180.71

Jadi RM24,180.71 membolehkan anda menyelesaikan RM18,666.40 baki hutang PTPTN dan meninggalkan RM5,514.31 baki tunai.

Nota:

  1. Cara ni memerlukan komitmen RM450 sebulan. Di mana RM178.89 membayar PTPTN dan RM269.94 membayar pembiayaan ASB. 
  2. Perlu konsisten membayar bulanan untuk memastikan rekod CCRIS cantik.
  3. Dengan cara ni hutang PTPTN dapat diselesaikan dalam masa 5 tahun sahaja.
  4. Dapat jimat Ujrah untuk 10 tahun.
  5. Kiraan ini mengandaikan ASB memberi pulangan dividen 7% setahun.

Beliau peminat Caffe Latte Starbucks dan suka berkongsi tips-tips jimat yang memberikan beliau referral rewards. Sambil berkongsi tips dan sambil kumpul rewards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *