Elon Musk mencetuskan hype mata wang kripto. CNBC melaporkan bahwa Tesla tidak hanya membeli Bitcoin pada $1.5 billion sebagai alat diversifikasi dan memaksimakan keuntungan, tetapi akan mula menyokong aset digital Bitcoin sebaagai pembayaran dalam produknya, Tesla, tidak lama lagi. Elon Musk tidak menyatakan lebih lanjut jika hal ini turut diaplikasi dalam produknya yang lain.

Bagaimanapun, pengasas Tesla itu segera memberi amaran kepada pelabur kripto kerana sifat Bitcoin boleh cenderung menjadi sangat mendadak. Dengan perubahan harga dan perubahan teori peraturan yang cepat, “serangan jahat” dan teknologi yang tidak berdaya saing dalam format fizik, beliau sedar akan kesan Bitcoin, memberi peringatan dalam Clubhouse; jika dia tidak berhati-hati, dia boleh mencetuskan pergerakan dalam pasaran.

Elon Musk dalam wawancara Clubhouse berkata,

“Saya pada saat ini berfikir Bitcoin adalah perkara yang baik, dan saya adalah penyokong Bitcoin.”

Tidak menghairankan, langkah Tesla yang ini, mengejutkan dan melonjakkan pasaran harga Bitcoin menjadi lebih daripada USD $44, 000 pada ketika ini.

Jelas Bitcoin kini mempunyai kelebihan. Strategi Tesla meminta jutawan kripto menghabiskan kekayaan mereka pada Model S. Namun, pelaburan Elon Musk ini merupakan pertaruhan yang besar. Tesla secara kasar bernilai USD 19.4 bilion tunai. Jadi, USD $1.5 bilion adalah perwakilan modal yang besar dari Tesla dalam institusi Bitcoin. Kesemua wang pelaburan ini boleh hangus sekiranya harga Bitcoin menjunam.

Dengan jelas, kita boleh lihat, pemilik jenama kuasa kenderaan elektrik (EV) itu ingin Bitcoin memiliki masa depan yang gemilang dan akan memberi komitmen dalam bentuk format yang membantu melegitimasikannya.