Tarikh Hari ini:16 November, 2019

Umur Dah 40. Sempat Lagi Ke Untuk Perbetulkan Kewangan?

Tidak kira di mana anda berada dalam perjalanan kewangan anda, anda perlu tahu bahawa ada kemungkinan dan peluang bagi sesiapa sahaja untuk perbetulkan kehidupan kewangan mereka. Tak kira umur 20 tahun, 30 tahun atau umur dah lanjut sekali pun. Better now than never.

Kadang-kadang semua yang diperlukan adalah langkah pertama ke arah yang betul untuk mendapatkan keputusan terbaik. Tetapi, macam dalam kebanyakan perkara, membuat langkah pertama adalah bahagian paling sukar sekali. Betul tak?

5 Tips Untuk Perbetulkan Kewangan

Jadi, apa langkah pertama yang perlu anda lakukan?

#1- Berhenti Mengumpul Barang Tak Perlu

Biasanya dalam pemikiran ramai orang mengumpul barang itu boleh membawa kekayaan kepada mereka dengan menganggap ia sebagai ‘investment’. Namun realitinya, mengumpul bukan buatkan anda makin kaya malah makin pokai jadinya.

Sebagai contoh, mengumpul pinggan seramik. Sekali beli dah beratus. Itu kalau sekali. Yang jenis beli berkali-kali ni dah berapa banyak duit dah tu? Beribu-ribu habis ke situ. Beli biarlah berpada. Jangan sebab minat dan nafsu, anda balik yang merana. Kalau jual balik pun value takkan sama dengan masa awal anda beli.

Lebih baik anda beli emas kalau memang anda ada tabiat mengumpul. Ada manfaatnya untuk masa depan.

#2- Gunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Mungkin sebelum ni anda kaki swap sana sini kad kredit. Kali ni anda kena ubah. Guna ia dengan sebaik mungkin. Kalau betul-betul perlu, baru guna kad kredit.

Sekiranya anda mempunyai tabiat membeli dengan kad kredit, sembunyikan kad kredit anda dan simpannya di tempat yang selamat di rumah anda, bukan di dompet anda.

Kalau perlu bawa sekali kad kredit untuk kecemasan, tak apa lah. Kalau yang jenis cepat tergoda dengan kad kredit tu kena pastikan lah kad anda “tak dapat dilihat”. Tips ni mungkin membantu untuk pengguna kad kredit tahap kritikal.

#3- Buat Perbandingan Harga

Setiap kali anda nak membeli barangan, sentiasa buat perbandingan harga terutama sekali apabila anda nak beli barangan dapur dengan jumlah yang banyak.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ada kalanya anda tidak mendapat tawaran terbaik berbanding pasaraya lain. Cara nak tahu hanya dengan rekodkan 20 perkara yang anda paling kerap beli, kemudian berbelanja barang-barang yang sama di pasaraya lain.

Dengan ini, anda dah boleh tahu pasaraya mana satu yang menjimatkan wang anda secara automatik melalui perbandingan tadi. Jadi, lepas ni hanya buat satu destinasi membeli-belah yang tetap sahaja.

#4- Kuasai 10 Second Rules

Macam pelik pun ada, beli barang pun ada 10 Second Rules. Kalau anda rasa tips ni sesuai untuk anda, praktikkan ia.

Setiap kali anda mengambil barang, berhenti selama 10 saat dan tanya pada diri anda mengapa anda membelinya dan sama ada anda benar-benar memerlukannya atau tidak.

Kenalpasti dulu tujuan beli tu. Jika anda tak dapat mencari jawapan yang terbaik, letakkan semula barang tersebut. Kan mudah berjimat tu.

#5. Rekodkan Perbelanjaan Anda

Rekodkan berapa banyak dah duit yang anda dah belanjakan dan kemana duit tu pergi. Tips mudah ni nampak macam cliche tapi siapa siapa yang tak pernah cuba tu memang kena cuba dulu baru tahu hasilnya.

Nak lagi efektif, anda rekodkan semua ni menggunakan kertas dan pen. Baru terang sikit nampak target goal kewangan anda banding guna apps dekat phone.

Melalui cara ni, anda dah boleh perbetulkan kewangan sekaligus dapat menyimpan duit dengan banyak untuk kegunaan pelaburan dan menjejaki matlamat kewangan anda.

BACA: Kenapa Loan Rumah Selalu Tak Lepas? & 4 Tips Hidup Simple 

Penulis di KakiProperty dan juga merupakan seorang Perunding Hartanah. Suka berkongsi tips serta info asas mengenai hartanah demi manfaat semua pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *